Home Petua Tips Rayuan permohonan BPN diumum, Ini berita baik di kongsi Menteri Kewangan

Rayuan permohonan BPN diumum, Ini berita baik di kongsi Menteri Kewangan

2265
0

KEPUTUSAN permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kumpulan ketiga akan diumumkan pertengahan bulan ini dengan bayaran sekaligus dibuat bermula akhir bulan.

Tempoh permohonan antara 11 dan 31 Mei lalu mencatatkan 170,000 rayuan dan akan disemak secara manual.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang bertugas pada hujung minggu lalu untuk membolehkan orang ramai mengemukakan dokumen sebelum proses rayuan BPN ditutup.

“Sehingga kini, jumlah penerima BPN dari kumpulan pertama hingga ketiga adalah dianggarkan seramai 10.77 juta, membabitkan peruntukan sebanyak RM11.5 bilion.

“Ia adalah peruntukan tambahan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej Prihatin di Facebook rasminya, hari ini.

Menurutnya, terdapat tiga kumpulan penerima BPN iaitu kumpulan pertama yang meliputi 8.3 juta penerima menerima bayaran secara berperingkat dalam fasa pertama dan kedua.

Sehingga 31 Mei, bagi fasa pertama, seramai 7.93 juta penerima menerima bayaran berjumlah RM5.56 bilion.

Bagi fasa kedua pula, seramai 7.9 juta individu menerima bayaran berjumlah RM3.55 bilion.

Selebihnya adalah mereka yang belum lagi menuntut bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mana mereka masih boleh berbuat demikian sehingga 31 Disember ini.

Bagi kumpulan kedua, mereka meliputi 2.3 juta penerima yang diumumkan pada 9 Mei lalu.

Dari jumlah ini, sehingga 31 Mei, seramai 2.08 juta penerima menerima bantuan BPN yang dibuat secara sekaligus berjumlah RM1.57 bilion.

Proses pembayaran melalui akaun bank berjalan lancar dan penerima selebihnya adalah mereka yang boleh menuntut secara tunai di BSN.

Manakala, kumpulan ketiga adalah mereka yang membuat rayuan antara 11 dan 31 Mei lalu dan masih menanti kelulusan.

Tarikh terbaru pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3. Siap Ada Tambahan RM100

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020 untuk fasa ke-3 maka berikut kami akan kongsikan kepada anda tarikh yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Mengikut kepada laman sesawang rasmi Bantuan Sara Hidup iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri, pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100 yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Pembayaran tersebut akan dilakukan bersama dengan bayaran FASA 3 Bantuan Sara Hidup 2020 yang bermula pada bulan Julai nanti.

Untuk makluman anda semua, Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional adalah 2 perkara yang berbeza. Sekiranya anda dapat BSH dan BPN maka jangan keliru dengan tarik diantara kedua bantuan tersebut.

Tarikh Pembayaran FASA 3
Seperti yang kami katakan di awal tadi bahawa tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) fasa 3 adalah pada bulan Julai 2020.

Namun tiada lagi pengesahan daripada pihak berwajib, berapa hari bulan duit tersebut akan mula dibayar, sama ada diawal bulan, atau pertengahan atau mungkin akhir bulan.

Kami akan buat kemaskini terbaru sekiranya tarikh rasmi telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan pada bila-bila masa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pihaknya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai Kementerian Kewangan, LHDN dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjalankan tugas membantu rakyat dengan penuh dedikasi.

“Sehingga 17 Mei lalu, bagi fasa pertama, seramai 7.84 juta penerima sudah menerima bayaran sebanyak RM5.54 bilion.

“Bayaran yang sudah selesai ini termasuklah untuk penerima yang tiada akaun bank atau gagal kredit.

“Kadar pencapaian fasa pertama masih pada tahap 96 peratus, seperti minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, bagi fasa kedua pula, seramai 7.61 juta penerima BPN sudah menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion.

“Ini mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa kedua. Sasaran sebelum ini adalah untuk menyempurnakan bayaran pada hujung minggu lalu namun disebabkan beberapa kekangan teknikal, usaha menyalurkan pembayaran akan berterusan sehingga 22 Mei ini.

Sumber : MB

Previous articleSudah M4buk,Tmbuk Dan Baling Kerusi Pula Pada Polis.Akhirnya Did4kwa di Mahkamah
Next articleVideo kanak-kanak datang minta bantuan YB Norhizam undang sebak netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here