Home Petua Tips Setelah Kemtian seorng kanak2 lelaki slps tertinggal lebih 4 jam dalam kereta,...

Setelah Kemtian seorng kanak2 lelaki slps tertinggal lebih 4 jam dalam kereta, Ini Yg Berlaku Kpd Pengetua Tadika Ni

172
0

Sungai Petani: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, di sini, semalam.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari tadika ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mngsa adalah anak kedua daripada dua beradik.

Katanya, mangsa sudah hampir setahun dihantar ke tadika itu untuk dijaga pengasuh di situ.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun akan mengambil mngsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada Ahad hingga Khamis.

“Namun, selepas PKP, pada Selasa dan Rabu, pengetua wanita itu akan mengambil dan menghantar mngsa manakala hari lain mngsa dihantar sendiri ibunya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

 

Adzli berkata, siasatan awal mendapati pada 7.45 pagi semalam, pengetua tadika itu mengambil mngsa di rumahnya di Taman Ria, di sini.

Beliau berkata, mangsa ketika itu dalam keadaan sihat dan duduk di tempat duduk belakang.

“Sebelum itu, pengetua terbabit turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

“Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika. Dia memakir kereta di tepi luar tadika dan mematikan enjin kereta,” katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai berada dalam kereta itu dari 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

“Kejadian itu hanya disedari pada 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mngsa tiada di dalam kelas.

“Guru kelas memberitahu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran dan mendapati mngsa terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.

Adzli berkata, berikutan itu pengetua terbabit bertindak menghubungi ambulans dan melaksanakan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mngsa namun mngsa tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan keced3raan di luaran.

“Pasukan For3nsik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dipanggil untuk pengambilan sampel dan dapat satu sampel swab di atas kerusi penumpang belakang.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibedah siasat,” katanya.

Adzli berkata, kes disi4sat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau berkata, polis menahan pengetua wanita itu untuk membantu si4satan dan mer4mpas anak kunci serta kereta untuk tindakan lanjut.

Rem4n berakhir, pengetua tadika bebas dengan jaminan polis

Sungai Petani: Pengetua tadika yang direm4n berhubung kem4tian seorang kanak-kanak lelaki selepas tertinggal lebih empat jam dalam kereta, Selasa lalu dibeb4skan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tempoh tah4nan rem4n tiga hari terhadap wanita berusia 49 tahun itu berakhir hari ini.

Bagaimanapun, katanya polis masih meneruskan sias4tan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Sebaik kertas si4satan lengkap, pihak polis akan mendapat perintah mahkamah untuk pertud.uhan ke atas suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adzli berkata, setakat ini faktor kecu4ian menjadi elemen utama si4asatan.

Dalam kejadian jam 12.15 tengahari Selasa lalu, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi, 3, ditemui terbaring dalam keadaan tidak sed4rkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja milik pengetua tadika terbabit.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

‘Saya dapat rasakan anak men4han kes4kitan’
Alor Setar: “Naluri saya sebagai ibu dapat rasakan anak saya, Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi menahan sakit sebelum dia menghembuskan nafasnya kerana saya nampak bibirnya gelap.

“Namun, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah hanya pinjamkan arwah untuk kami buat seketika,” kata Nor Azira Abdul Halim, 36.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Harraz Aryan, 3, ditemui tidak sedarkan diri dalam Proton Waja milik pengetua tadika selepas ditinggalkan di parkir selama empat jam.

Nor Azira berkata, mungkin guru terbabit tidak sedar anaknya berada di tempat duduk belakang.

Katanya, setiap hari, dia menghantar anaknya ke tadika namun disebabkan dia bekerja di Pulau Pinang pada Selasa dan Rabu, dia meminta guru terbabit mengambil anaknya di rumah di Taman Ria.

Katanya, pada hari lain, dia bekerja dari rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk menguruskan anak sulungnya, Nurhana Sakinah Mohd Hafizi, 7, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Ria di Sungai Petani.

“Ketika kejadian, saya sedang bertugas di bangunan Komtar di Pulau Pinang dan bergegas pulang sebaik menerima panggilan pada jam 12.25 tengah hari.

“Mulanya saya ingat anak saya kemalangan sebab tadika itu terletak berhampiran jalan tapi guru yang menghubungi saya menangis dan memberitahu anak saya tak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Nor Azira berkata, dia bergegas pulang ke Sungai Petani namun tidak tahu apa yang berlaku kepada anaknya.

Katanya, dia sempat menghubungi suami, Mohd Hafizi Husin, 36, yang bertugas sebagai anggota tentera di kem Sungai Petani dengan harapan suaminya akan cepat sampai untuk melihat keadaan arwah.

“Sepanjang perjalanan pulang, saya tak henti berdoa supaya anak selamat dan mungkin hanya mengalami kec3deraan.

“Namun, suami menghubungi saya dan meminta saya terus ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk melihat keadaan anak kami,” katanya.

 

 

IBU mangsa, Nor Azira Abdul Halim. (Gambar kanan) Allahyarham Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi. FOTO Zuliaty Zulkiffli dan ihsan polis
Nor Azira berkata, arwah memang anak yang aktif ketika di rumah namun ketika di sekolah dia banyak diam mungkin dia t4kut dengan guru.

“Cuma saya tak tau anak saya meninggal waktu bila sebab dia berada dalam kereta itu sejak 8 pagi sebelum disedari jam 12.15 tengah hari.

“Tak nampak langsung perubahan pada arwah dan merengek tu biasalah,” katanya.

Jenazah Muhammad Harraz Aryan dibawa dari HSB ke rumahnya di Sungai Petani dengan van jenazah dan dijangka akan dikebumikan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan dalam kereta pengetua sebuah tadika.

Sumber hmetro

Previous articleBila Polis dah kenal pasti lokasi persembunyian Sjat, Sekali ada sebab pula kenapa mereka tak tahan lagi
Next articleTvlar Lori Cuba Lari Dari Polis.Bila Nmpk Polis terus Undur Dan Pecut Lari.Rupanya Pemndu Ni Ada Sebab Lari Dari Polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here