Home Petua Tips Jodoh gadis peniaga cendol, tak sangka lelaki dikenali 4 tahun lalu muncul...

Jodoh gadis peniaga cendol, tak sangka lelaki dikenali 4 tahun lalu muncul semula… Kali ini aplikasi Omi jadi pengikat cinta

80
0

SEIRING perubahan zaman, cara orang kita mencari jodoh juga sudah berubah.

Kewujudan aplikasi seperti Tinder, Omi, MiChat dan sebagainya menjadi medium untuk kaum adam dan hawa ‘membvru’ pasangan hidup masing-masing.

Terbaharu, kisah seorang gadis yang bertemu jodoh menerusi aplikasi Omi meraih perhatian ramai.

Menurut Fatin Nur Sazilla Amiera Salman, 22, dia sama-sekali tidak menyangka lelaki yang dikenalinya secara dalam talian bakal menjadi pasangan hidupnya, tidak lama lagi.

fatin2

“Saya pernah kenal dia (tunang) empat tahun lepas. Ketika itu kami kenal menerusi WeChat. Kami pernah jumpa sekali, kemudian terus lost contact.

“Januari tahun ini kami bertemu sekali lagi menerusi Omi. Saya ingat wajah dia, macam pernah tengok tapi tak berapa pasti. Kemudian dia maklumkan bahawa kami pernah kenal di WeChat dulu. Pada waktu itu, baru saya teringat semula.

“Dalam masa tiga bulan kami berkawan, dia ajak bertunang. Keluarga pun ada cakap, kalau jumpa sesiapa yang serius, teruskan saja. Akhirnya kami bertunang pada 26 Mac lalu. Kami merancang untuk kahwin pada November atau Disember tahun ini,” ujarnya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Fatin merancang untuk mendirikan rumah tangga menjelang akhir tahun ini.

Senang disapa Fatin, dia berpendapat tidak salah untuk seseorang itu mencari pasangan hidup menerusi aplikasi cari jodoh mahupun laman sosial.

Namun katanya, setiap individu perlu berhati-hati dan membuat ‘tapisan’ terlebih dahulu memandangkan wujudnya insan-insan tidak serius dalam aplikasi berkenaan.

Tak salah kita manfaatkan aplikasi ini sebaiknya untuk cari jodoh. Jangan mudah putus asa.

FATIN

“Ramai yang berkenalan secara online sekarang. Tapi yang paling penting, kita kena berhati-hati. Kenal dulu baik-baik, berkawan, kemudian baru buat keputusan untuk ke fasa lebih serius.

“Sebelum saya berjumpa dengan tunang menerusi Omi, saya dapati ramai lelaki yang tak serius dalam aplikasi tu, ramai yang main-main saja. Kita kena ekstra hati-hati.

“Pada masa sama, tak salah kita manfaatkan aplikasi ini sebaiknya untuk cari jodoh. Jangan mudah putus asa,” pesannya lagi.

fatin3

Pasangan ini pernah berkenalan menerusi WeChat empat tahun lalu.

Dalam pada itu, Fatin juga terkejut apabila video majlis pertunangannya tular sehingga meraih hampir 100,000 tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Selain dihujani ucapan tahniah, ramai netizen turut menitipkan doa, memohon hubungan Fatin dan tunangnya berkekalan sehingga ke syurga.

“Saya pernah tengok orang buat video bertemu jodoh, jadi saya pun tiru. Tak sangka video saya viral sampai masuk FYP (For You Page) di TikTok.

fatin4

Cendol sawit yang dijual oleh Fatin sekeluarga.

“Memang terharu sebab ramai yang komen positif. Mereka doakan saya dan ucap tahniah. Pada masa sama, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka guna Omi.

“Mereka persoal kenapa tak jumpa lelaki yang serius dalam tu?” ujarnya berselor0h.

Mengenai dirinya, Fatin yang menetap di Gombak merupakan seorang peniaga cendol sawit sejak lima tahun lalu.

Pada Ramadan kali ini, Fatin sekeluarga berniaga di tiga lokasi iaitu di Jalan Gombak, UTC Sentul dan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous article“Macam pakcik tunggu bini menyembang kat kenduri,” – Fattah Amin Setia Tunggu Fazura Berbual Dengan Peminat
Next article“Sepi Tanpa Mereka..”- Ini 8 Salebriti Yang Menyambut Ramadhan Tanpa Insan Tersayang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here