Home Viral “Kau tu dah la pondan ,tak de anak” sekali Che Ta sembur...

“Kau tu dah la pondan ,tak de anak” sekali Che Ta sembur Azwan Ali,rupanya ada kaitan dengan Aaisyah

215
0

“Kau tu dah la pondan ,tak de anak” sekali Che Ta sembur Azwan Ali,rupanya ada kaitan dengan Aaisyah

KUALA LUMPUR Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta berang dengan pengacara sensasi, Azwan Ali kerana bersikap biadap memetik namanya dan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana dalam satu hantaran di Facebook.

Meskipun hantaran pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali tidak menyebut nama Che Ta, namun ayat yang ditulisnya merujuk kepada aktres berusia 50 tahun.

Pertelingahan antara mereka berdua tercetus beberapa tahun lalu apabila Azwan Ali menegur cara Che Ta berpakaian yang dianggap keterlaluan ketika mendapatkan suntikan vaksin dengan menggunakan kata-kata kesat dan kurang sopan yang diciap dalam akaun Twitter.

Maki anak, Che Ta bengang dengan Azwan Ali
Pelakon filem Mat Kola berkata, dirinya tidak tahu punca sebenar Azwan memuat naik hantaran sebegitu dalam media sosial memandangkan kes melibatkan mereka berdua telah lama pun selesai.

“Saya tertanya-tanya, apa masalah ini? Tiba-tiba sahaja. Tidak kisah dia (Azwan) nak maki saya tetapi kenapa perlu libatkan anak saya? Sembilan bulan 10 hari mengandungkan dia (Aaisyah), jentik pun tak pernah, apatah lagi marah tetapi kenapa dia nak maki begitu?”ujarnya.

“Kau pondan, tiada anak” – Che Ta
Che Ta berkata, Azwan tiada pengalaman dan tidak mempunyai anak. Oleh itu, dia bengang dengan Azwan Ali kerana tidak memahami bagaimana perasaan seorang ibu apabila anaknya dimaki oleh orang lain

“Jentik pun tak pernah, marah pun tak pernah. Kenapa kau nak maki anak aku seperti itu? Kau pondan takde anak. Bukan bapa, bukan mak. Sedap-sedap nak cakap aku aku begitu.
“Dia belum buku bertemu dengan ruas lagi. Hari itu, aku baik, sebab Zain cakap, ‘Sayang, I tak suka you gaduh’. Okay. Saya terima,” katanya.
“Bila saya kongsi perkara itu baru-baru ini, memang tengah marah sebab dia mengata anak saya,” ujarnya.

Che Ta dah lama berdiam diri
Mengulas lanjut, Che Ta mengakui memadam hantaran selepas dinasihatkan rakannya yang juga seorang ustaz agar tidak melayan perasaan seperti orang lain juga.

“Kawan saya ustaz, dia tegur dan tanya sama ada sekadar konten atau sedang marah.
“Sumpah memang saya marah dan dia pesan jangan layan sebab perangai kita akan jadi sama seperti orang itu.
“Kemudian saya padam dan memilih untuk berdiam diri tanpa beri sebarang komen walau ada yang datang mencari,” jelasnya.

Tegas Che Ta, dirinya enggan memanjangkan lagi isu tersebut memandangkan laporan polis yang difailkan terhadap Azwan pada 17 Ogos 2021 di Ibu Pejabat Polis Daerah dianggap telah selesai.

Che Ta juga enggan memanjangkan isu memandangkan laporan polis yang difailkan pada 2021 terhadap Azwan juga sudah dianggap selesai.

Sumber: ohmymedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Saya tumpang rezeki anak saya” pemuda terharu dapat moto baru bila motonya disita
Next article“Segala kelemahan dari kami” akhirnya Norman Hakim buka mulut tentang anaknya Marissa Dania

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here