Home Viral “Saya tumpang rezeki anak saya” pemuda terharu dapat moto baru bila motonya...

“Saya tumpang rezeki anak saya” pemuda terharu dapat moto baru bila motonya disita

125
0

“Saya tumpang rezeki anak saya” pemuda terharu dapat moto baru bila motonya disita

SEPANG Pemuda dikenali Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar, 26, yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang itu turut mengakui kesilapannya selain menyerah sendiri kunci motosikalnya kepada pihak berkuasa dalam operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira 12 tengah hari, Selasa.

Lihat video Masa kejadian

@kikyycoco semoga abang dipermudahkan segala urusan #fypシ #xyzbca #jpjmalaysia #riderfoodpanda ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni

Bantuan datang dari influencer terkenal Aisar Khaleed

Tak sangka Susulan daripada moto disita sekali influencer terkenal, Aisar Khaledd telah terpanggil untuk belikan motosikal baru buat lelaki berkenaan dan membawanya ke syarikat kenderaan.

Menerusi perkongsian Aisar di Facebook, dia telah memuat naik gambar bersama rider tersebut dan staf-staf yang betugas di hadapan syarikat kenderaan terbabit.

Dapat pula tawaran umrah

Tumpang rezeki anak, ‘rider’ tular dapat pakej umrah. Terbaharu, seorang individu tampil berkongsi rezeki dengan menawarkan pakej menunaikan umrah buat penghantar makanan tersebut pada 4 hingga 14 Oktober ini.

Bagaimanapun, pelawaan tersebut terpaksa ditolak secara baik oleh Muhammad Shahrul Shah kerana dikatakan tidak sanggup untuk meninggalkan isteri dan anak yang baru sahaja dilahirkan dua bulan lalu.
“Team kami baru hubungi adik ni (Muhammad Shahrul Shah) petang tadi (semalam) untuk bawa dia umrah percuma pada 4 Oktober hingga 14 Oktober ni.“Isteri dia baru bersalin dua bulan, memang susah. Kami tawarkan pergi umrah pun, dia macam tak sanggup nak tinggalkan bayi dan isteri.

Isteri dia berasal dari Sabah. Allahuakbar, memang Allah sayang adik ni, semua orang doakan dia,”tulis wanita dikenali Rosma Ali.
Digantikan dengan ayah, mahu jaga isteri dan anak masih kecil. Akan tetapi, pemuda berkenaan memaklumkan tempatnya akan digantikan kepada bapa kandungnya kerana dia mahu menjaga isteri dana anak. Dah bayar roadtax.

Sementara itu, dalam hantaran individu dikenali Rafiq Zainal jelas menyatakan pemuda berkenaan telah pun menghidupkan semula roadtax miliknya selain meluahkan rasa syukur kerana banyak pihak sudi membantu.

“Alhamdulillah, terima banyak… Saya tumpang rezeki anak saya. Bebetul rezeki datang, tak sangka benda ni jadi viral,”luahnya apabila ditawarkan bantuan menyelesaikan masalah roadtax insurans motosikalnya.

Sumber : ohmymedia

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Ambil tindakan ini” sekali anak Norman Hakim bakal disaman jika ada bukti ini kata peguam
Next article“Kau tu dah la pondan ,tak de anak” sekali Che Ta sembur Azwan Ali,rupanya ada kaitan dengan Aaisyah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here