Home Petua Tips Terkini 7 kes baru Cvid-19 di kawasan PKPD Simpang Renggam

Terkini 7 kes baru Cvid-19 di kawasan PKPD Simpang Renggam

207
0

Kes positif Cvid-19 di Simpang Renggam, Kluang, Johor yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencatatkan peningkatan sebanyak tujuh kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham, berkata peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif di kawasan PKPD itu meningkat kepada 183 kes.

“Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid juga mencatatkan peningkatan tujuh kes yang memyumbang kepada jumlah 145 kes positif setakat ini, lain-lain lokaliti masih sama.

“Pecahan mengikut mukim mencatatkan Ulu Benut sebanyak 160 kes, Kluang 18 kes, Machap 4 kes dan Nyiur sebanyak satu kes,” katanya dalam sidang media harian berkaitan Cvid-19, di Putrajaya, hari ini.

Hulu Langat mencatatkan jumlah 387 kes positif setakat hari ini berbanding semalam sebanyak 376 kes positif.

Beliau berkata, Kampung Sungai Lui kekal sebanyak 92 kes manakala luar kawasan Kampung Sungai Lui mencatat peningkatan sebanyak 14 kes baharu.

Sementara itu, di Menara Plaza City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, seramai 2,054 orang sudah menjalani ujian saringan dan jumlah kes positif kekal 30 kes.

“Di Malayan Mansion jumlah disaring 783 (orang) setakat ini dan jumlah kes positif adalah empat kes, tiada pertambahan berbanding semalam.

“Selangor Mansion jumlah disaring adalah 898 orang dan jumlah kes positif adalah 43 kes, pertambahan sebanyak 32 kes,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

Previous articleSiapa Sangka Sebenarnya Azlan Dah Tahu Siapa Sebenarnya Nursahira Sebelum Bantu
Next articleRaja Permaisuri sumbangkan 150 katil untuk Hospital Sg Buloh, HKL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here