Home Petua Tips Moga Tenang Dikau Disana. Rider Grabfood Kembali Ke Rahmatullah Di L4nggar Lori.Ini...

Moga Tenang Dikau Disana. Rider Grabfood Kembali Ke Rahmatullah Di L4nggar Lori.Ini Puncanya

196
0

Serdang Pemandu lori dithan selepas didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemlangan dengan lima kenderaan lain serta membabitkan kmaatian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam.

Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meniggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati kem4langan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

“Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melnggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

“Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, pemandu lori berkenaan dithan untuk menjalani ujian alkhol dan uriin.

“Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Info semasa

Previous articleMemang Tak Sangka, ‘Luahan’ Terbaru Bekas Suami Kepada Erra Fazira Jadi Buah Mulut
Next article“Dah 3thn jd, duit dia ko kebas,ada bukti dia vgvt anak saya, tor3hh ..” Ibu Aiman Tino Balas Komen Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here