Home Viral “Kenapa kau tak nak bergantung dgn aku” setelah 7 tahun kawin Amyra...

“Kenapa kau tak nak bergantung dgn aku” setelah 7 tahun kawin Amyra Rosli terpaksa dedah juga

168
0

“Kenapa kau tak nak bergantung dgn aku” setelah 7 tahun kawin Amyra Rosli terpaksa dedah juga

KUALA LUMPUR Pelakon dan pengacara Amyra Rosli berkongsi kisah di sebalik perkahwinannya bersama aktor Amar Baharin menerusi temubual bersama aktres Tya Arifin.

Melalui bahtera perkahwinan bersama Amar selama tujuh tahun, Amyra mengakui dia seorang isteri yang berdikari, namun akhirnya akur kepada permintaan suami yang mahu isteri bergantung kepadanya.

Lihat video

@mutyarabeauty_hq Disebalik kisah perkahwinan Amyra Rosli Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, Sehebat dan setinggi mana kerjaya kita, Jangan sesekali membelakangkan para suami. #tyaarifin #jamumutyara #podcast #bloopers #fyp #fypシ ♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

“Saya dengan Amar pasangan yang dominant. Macam harimau jumpa singa. Contoh, saya nak buat sesuatu tapi suami tak bagi. Tapi saya tahu saya sangat independent.

“Suami akan terasa macam ‘kenapa tak nak bergantung dekat aku, aku kan suami kau’. Tapi lepastu saya pula rasa yang saya tak nak susahkan dia, biar saya buat.
“Tapi bila dah lama-lama, saya cuba untuk memahami seorang suami memang nak isteri itu bergantung kepada dia,” katanya.

Amyra Rosli dan Amar

Sementara itu, aktres drama rantaian popular Nur ini turut sempat memberi pesanan kepada para isteri untuk merendahkan diri, walau tinggi mana pencapaiannya dan menurunkan ego dengan sentiasa memohon maaf.

“Kalau dia marah, saya diamkan diri bagi dia tenang. Tak ada macam, dua-dua nak naik angin. Kita jadi kawan, jangan kongkong pasangan kita.
“Dan jangan biarkan pergaduhan tu terlalu lama, sangat tak bagus. Kalau boleh sebelum tidur kita kena berbaik

“Mungkin kalau berbaik dalam waktu terdekat, akan ada rasa tak puas hati tapi tak apa yang penting mulut kena selalu minta maaf terutamanya isteri.
“Kita kan nak reda suami. Sebagai isteri walau tinggi macam mana pun, jadi humble dan rendahkan diri dekat suami,” tuturnya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 130,000 tontonan, 11,000 tanda suka dan lebih 100 komen.

Sekadar info, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 5 dan Ayra Aryssa, 3.

Sumber : hotfm dan tiktok

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Previous articleTak Sangka Zul Ariffin buat kejutan,Sekali Zul dedahkan juga
Next article“Saya ada terdengar” ada saksi dedah kejadian dan berlaku benda aneh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here