Home Petua Tips Kes baru Covid-19 Malaysia kembali kepada tiga angka

Kes baru Covid-19 Malaysia kembali kepada tiga angka

478
0

Selepas 21 hari, bilangan kes j4ngkitan Covid-19 Malaysia kembali kepada tiga angka.

Hari ini, Malaysia mencatatkan 172  lagi kes Covid-19 baru, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan yang dicatatkan adalah sebanyak 7,417.

Setakat tengah hari tadi, 34 lagi pesakit sembuh sepenuhnya, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih dari jangkitan wabak itu ialah 5,979.

Ini menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 sekarang adalah 1,323 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar hariannya di Putrajaya Hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa daripada 172 kes baru itu, lima kes adalah import, manakala jangkitan tempatan 159 kes bukan warga Malaysia dan hanya lapan membabitkan rakyat Malaysia.

Daripada 159 kes bukan warganegara Malaysia itu, katanya 112 kes telah dikesan di tiga depot tahanan imigresen’

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak perlu bimbang kerana depot-depot imigresen itu merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

Dr Noor Hisham berkata, maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, mendapati bahawa tiada kes kem4tian berkaitan Covid-19 sepanjang 24 jam lalu.

Justeru, jumlah kumulatif kes kem4tian di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO).

“Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya.
“Begitu juga, KKM akanmemastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Sumber : Mykini

Previous articlePKPB: Terkini ! Jumlah penumpang tertakluk kapasiti kenderaan
Next articleUpacara Kahwin di Kuil,Ini Jawapan Padu Ismail Sabri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here