Home Petua Tips PKPB: Terkini ! Jumlah penumpang tertakluk kapasiti kenderaan

PKPB: Terkini ! Jumlah penumpang tertakluk kapasiti kenderaan

5510
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan kenderaan persendirian membawa sehingga enam penumpang daripada satu keluarga dan rumah yang sama, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran itu tertakluk kepada kapasiti penumpang bagi kenderaan berkenaan seperti kenderaan pelbagai guna (MPV).

Bagaimanapun, beliau menegaskan kebenaran itu hanya akan berkuat kuasa selepas peraturan sedia yang hanya membenarkan empat penumpang dalam satu kenderaan, dipinda dan diwartakan.

“Kita bersetuju untuk benarkan jumlah penumpang mengikut kapasiti kenderaan, seperti MPV boleh memuatkan enam penumpang dan itu kita benarkan.

“Namun, saya tidak pasti sama ada akta dan peraturan sedia ada sudah dipinda dan diwartakan. Jika sudah diwarta, maknanya kenderaan seperti MPV boleh bawa enam penumpang, tapi kereta biasa kekal empat penumpang sahaja.

“Jika ada yang bawa lebih empat penumpang, misalnya ada bayi bersama yang menjadikannya lima penumpang dalam satu perjalanan, saya yakin polis akan menggunakan budi bicara dengan adil,” katanya.

Status terkini Covid l9 di Malaysia

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan PKPB di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, larangan perjalanan merentas negeri masih kekal ketika ini dan sebarang perubahan akan dibincangkan dalam mesyuarat khas menteri dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang kekal patuh kepada peraturan PKPB ketika menyambut Hari Raya semalam.

“Saya difahamkan ada yang letak papan tanda di rumah menyatakan ‘kami tidak menerima tetamu’ dan sebagainya.

“Walaupun kita tak dibenarkan solat sunat Aidilfitri di masjid dan menerima tetamu yang ramai, ia tidak bermakna Aidilfitri dengan normal baharu ini tak dapat diraikan dengan kesyukuran dan keinsafan, serta penuh kemeriahan dan kegembiraan bersama keluarga terdekat,” katanya.

sumber hmetro

Previous articleTulis Ucapan Hari Raya Berserta Nom Acc Bank, Polis Ini Sekolahkan Netlzen Rlsiko Anda Di Sc4m
Next articleKes baru Covid-19 Malaysia kembali kepada tiga angka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here