Home Viral “Ko lepaskan org yang susah senang dgn ko” padu ayat netizen bila...

“Ko lepaskan org yang susah senang dgn ko” padu ayat netizen bila suami Miera Liyana ceraikan isteri pertama

256
0

“Ko lepaskan org yang susah senang dgn ko” padu ayat netizen bila suami Miera Liyana ceraikan isteri pertama

KEMELUT rumah tangga antara suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertama, Adibah Abd Mutalib berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu.

Rosland, 50, melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Siti Noraini Mohd Ali pada pukul 10.50 pagi, Khamis.

Sebelum lafaz cerai dibuat, hakim membacakan hasil perbincangan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) yang dibuat kedua-dua pihak pada 13 Julai lalu.

Adibah reda diceraikan

Rosland dikatakan memilih untuk bercerai atas alasan tiada persefahaman dan tawar hati dengan tindakan Adibah kerana membuat kenyataan berhubung perkahwinan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Adibah ketika ditemui media di perkarangan mahkamah enggan memberikan sebarang komen berhubung penceraian itu.

Peguam syarie mewakilinya, Mohd Junid Ramli memberitahu pihaknya akan meneruskan prosiding mahkamah bagi kes hadanah dan perkara lain berkaitan.

“Adibah masih terkejut dan tidak mahu memberi komen.

“Kami akan terus lawan untuk kes selepas ini,” katanya kepada pemberita.

Rosland pula dilihat bergegas pulang tanpa memberi sebarang komen.

Dalam pada itu, ibu Miera Liyana iaitu Aisyah Abdullah yang turut hadir sama memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

“Kami akan adakan sidang media,” ujar ringkas.

Rosland sebelum ini memfailkan cerai pada 7 April lalu.

Untuk rekod, Adibah, 50, dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Rosland kemudiannya bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Sumber : Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous articleDikatakan Puteri Sarah hantar bunga pada bekas suami Syamsul,sekali Sarah bersuara
Next articleErra Fazira hilang hak jagaan anak Engku Aleesya,rupanya tak sangka sebab ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here