Home Petua Tips ‘Kelonggaran PKPB 4 Mei’ Kali Ini Najib Kurang Setuju Ini Puncanya

‘Kelonggaran PKPB 4 Mei’ Kali Ini Najib Kurang Setuju Ini Puncanya

273
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang semua orang tahu, jarang tidak bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani wabak Covid-19.

Hantaran dalam akaun FB beliau semalam bagaimanapun berbeza bila julung kalinya, mantan Perdana Menteri itu dilihat tidak bersetuju dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan bermula Isnin depan.

Perdana Menteri semalam mengumumkan bahawa 4hb Mei 2020 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP-B), yang memberi lebih banyak kelonggaran kepada rakyat dan perniagaan, akan mula dilaksanakan.

“Hari ini (semalam) negara kita rekodkan 69 kes Covid baru di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh.

“Ini bermakna 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan virvs C0vid yang masih merebak dalam masyarakat tempatan.

“Angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu.

“Maka, kita bertanya, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin depan walaupun fasa ke-4 PKP ini hanya akan berakhir pada 12 Mei?”

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika kerajaan mahu membuka kembali ekonomi negara, ia perlulah dibuat secara beransur-ansur dan tidak gelojoh, apatah lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 4 ini masih lagi ada sehingga 12 Mei.

Hujah Najib, “Bila kita buat sekaligus macam ini, ia akan beri risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan kita. Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai? Kanada dan Jepun sudahpun berlaku apabila mereka longgarkan lockdown, kes jangkitan meningkat mendadak”.

Najib juga menyifatkan tempoh yang diberikan untuk semua pihak membuka kembali perniagaan sebagai terlalu singkat selain semalam adalah cuti umum.

Beliau mencadangkan 4 Mei nanti sebagai tempoh persediaan untuk para peniaga memulakan kembali perniagaan mereka dan pada 11 Mei akan datang, barulah orang ramai dibenarkan datang.

Sebagai contoh kata Najib, “Pengusaha restoran boleh aturkan meja, beli sanitizer, buat signboard peringatan SOP jarak diri, buat jadual kerja untuk pekerja. Sediakan kertas untuk catat nama pelanggan dan nombor telefon. Beli stok. Lukis garisan untuk tempat beratur”.

“Selepas itu, 11 Mei baru restoran boleh dibuka untuk pelanggan duduk makan?”.

Najib turut mahu kerajaan menjelaskan terlebih dahulu SOP sebenar berkaitan PKP-B ini agar tidak menimbulkan masalah di kalangan rakyat.

Banyak perkara baru yang rakyat perlu faham sebelum menyesuaikan diri seperti pengasingan dalam restoran, pengangkutan awam, selain keperluan tambahan seperti menyerah nama dan nombor telefon untuk tujuan pengesanan kontak.

Ini kata beliau perlu dilakukan secara beransur-ansur dan bukan secara mendadak.

Sumber SuaraTV

 

Previous articleJgn Enjoy Sangat, Ini 23 Benda Yg Tak Boleh Buat Dan Kena Patuhi Sepanjang PKPB
Next article‘Uturn Oleh BNM?” Ia Tidaklah Merangkumi Semua Pinjaman,Saya Yakin Beri Kesan Positif Pd Rakyat – Menteri Kewangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here