Home Petua Tips Jgn Enjoy Sangat, Ini 23 Benda Yg Tak Boleh Buat Dan Kena...

Jgn Enjoy Sangat, Ini 23 Benda Yg Tak Boleh Buat Dan Kena Patuhi Sepanjang PKPB

295
0

Kerajaan telah mengumumkan pelan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bakal dilaksanakan pada 4 Mei ini.

Ini merupakan usaha untuk membenarkan pembukaan semula ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan pelaksanaan PKPB ini sebahagian besar kegiatan ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan boleh mendedahkan risiko kepada golongan tertentu.

Berikut aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang PKPB:1. Hiburan dan Riadah

Panggung Wayang
Pusat Karoake
Taman Tema
Muzium
Busking

2. Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

Perarakan Keagamaan
Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat
Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)
Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)

3. Persidangangan dan Pameran

Pameran Kerjaya
Pameran Perkahwinan
Promosi dan Pakej Pelancongan
Karnival Jualan
Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

4. Pendidikan

Sukan semasa sesi persekolahan
Aktiviti kokurikulum bersemuka
Sebarang bentuk perhimpunan sekolah
Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

5. Sukan

Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)
Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)
Kolam renang
Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

6. Aktiviti Sosial

Kenduri – kendara
Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

7. Pengangkutan

Kapal Persiaran
8. Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)
Bazar Ramadan
Bazar Hari Raya

9. Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)

Terima pelawat
Bersosial dan bersukan secara berkumpulan
Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

10. Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

11. Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

Aktiviti fitting pakaian

12. Dobi ( khusus dobi layan diri)

Aktiviti melipat pakaian

13. Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

14. Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi

15. Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan

Aktiviti PKP Bersyarat

16. Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

17. Pengurusan Perhutanan

Ekopelancongan Hutan
Latihan Perhutanan

18. Perlombongan dan Pengkuarian

Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

19. Perladangan dan Pertanian

Hari Bertemu Pelanggan
Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)
Pesta makan buah-buahan
Kursus/ Seminar
Konvokesyen Institut Pertanian
Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

20. Perikanan

Aktiviti perikanan rekreasi
Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

21. Seni Kreatif

Penggambaran filem
Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

22. Kebudayaan dan Kesenian

Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

23. Pelancongan dan Perhotelan

Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet)

So korang jangan pula bila dah habis PKP korang dah boleh enjoy, kita masih dalam ‘peper4ngan’ melaw4n C0vid-19 ini.

 Sumber remaja.my

Previous articleCOVID-19: Malaysia catat 1 kem4tian hari ini tapi mempunyai latar belakang yg jarang disebut olh KP
Next article‘Kelonggaran PKPB 4 Mei’ Kali Ini Najib Kurang Setuju Ini Puncanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here