Home Petua Tips Selama 10 Hari Bertarvng Ny4wa Di ICU Mel4wan Cov 19, Isteri Lega...

Selama 10 Hari Bertarvng Ny4wa Di ICU Mel4wan Cov 19, Isteri Lega Suami Mula Sedar Dan Tunjuk Reaksi P0sitif

2204
0

Tiada apa lebih menggembirakan apabila mendapat khabar berita, orang dikasihi mulai menunjukkan reaksi p0sitif selepas lebih seminggu bertarvng ny4wa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur akibat dijangk1ti C0V-19.

Bagi Chef Suhaili Mohd Noor, jika 10 hari lalu dirinya begitu risau memikirkan keadaan suami, Herwin Bachtiar, 47 yang koma terbaring kaku,  buah pinggang r0sak yang perlu didialisis, keadaan paru-paru dijangk1ti kum4n dan lain-lain masalah serta paling menyedihkan tidak boleh melawat langsung suaminya.

Hari ini dirinya menerima khabar berita suaminya sudah sedar,, boleh bernafas sendiri dan doktor akan mencabut tiub saluran pernafasannya dalam tempoh terdekat.

REMAJA menghubungi Chef Suhaili untuk berkongsi bagaimana dirinya dan anak-anak mengharungi kehidupan yang memeritkan apabila suaminya yang juga seorang pemandu bas kenderaan awam disahkan p0sitif C0V-19 pada hari pertama memulakan kerjanya selepas bercuti 14 hari.

Malah mereka sekeluarga tidak ada menghadiri kenduri, menyertai sebarang perhimpunan atau keluar di khalayak. Malah sama ada suaminya terkena jangk1tan dari penumpang bas juga masih menjadi tanda tanya kerana suaminya sememangnya sudah demam masuk hari ke tiga pada hari dia memulakan kerjanya pada hari Ahad 15 hb Mac itu.

Chef Suhaili mendapat berita berganda hari ini apabila suaminya sudah sedar dan anak bongsunya negetif

c0v-19.Hanya dia dan dua lagi anaknya masih menunggu jawapan

Menurut Chef Suhaili, Doktor Liyana dari HKL ada menghubunginya tengahari tadi memaklumkan keadaan terkini suami. Malah kata doktor lagi, suaminya antara pesakit yang menunjukkan respon paling bagus berbanding pesakit di wad yang sama (ICU).

“Saya bersyukur di atas setiap doa yang diberikan orang ramai untuk penyembuhan suami. Harap esok ada berita yang lebih baik,” katanya memaklumkan memandangkan mereka sekeluarga dalam pengawasan dan kuarantin di rumah (PUI), doktor di wad akan memaklumkan keadaan suami dari masa ke semasa (setiap hari terutama bagi pesakit di dalam ICU).

“Bila baca berita ada pesakit yang meningg4l dunia akibat wbak ini hati saya sebak. Ternanti-nanti bagaimana keadaan suami  sejak 10 hari lalu. Alhamdulillah, suami sudah sedar.

Buat masa ini ada kum4n dalam d4rahnya dan saya meminta doa dari semua agar suami kembali pulih seperti sedia kala,” katanya yang tidak dapat menahan sebak sebaik dimaklumkan hal itu.

Kegembiraan berganda

Memandangkan mereka di bawah PUI selepas suaminya disahkan p0sitif, kegembiraannya berganda apabila seorang anak lelakinya, Hadi Haidar, 7 tahun yang turut menjalani ujian saringan disahkan negetif keputusannya.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Cuma tinggal keputusan saya dan dua lagi anak iaitu Sofea Elisa, 12 dan Hedi Haikal, 10 tahun. Doakan agar keputusan kami juga negatif,”katanya mengharap doa dari orang ramai buatnya sekeluarga.

 

Mereka sekeluarga gemar melakukan aktiviti lasak dan sering bersama-sama

Tidak tahu dijangk1ti C0V-19 dari mana

Jika ramai yang ingin tahu dari mereka suaminya dijangkiti, jelas Chef Suhaili, suaminya yang juga seorang pemandu bas kenderaan awam mula bertugas pada 15 hb Mac.

“Dua minggu sebelum itu, suami tidak bekerja dan hanya duduk di rumah selepas digantvng kerana terlibat dengan kem4langan kenderaan dibawanya. Dua hari sebelum mula bertugas iaitu pada 13 dan 14 hb, suami mula demam.

“Hari Ahad itu, 15hb Mac suami memulakan kerja pagi. Malam itu selepas selesai tugas, dia pulang ke rumah dan saya tengok demamnya semakin teruk.

“Esoknya 16 Mac suami cuti sakit kerana demamnya semakin teruk. Ketika saya melihatnya hati saya berdebar-debar sebab demamnya lain macam. Dia juga sukar bernafas dan bila dia tarik nafas macam orang lemas (tercungap-cungap).

17 hb Mac itu kami ke klinik kesihatan dan ditanya adakah ada kontak dengan tabligh, keluar negara atau sebagainya tapi memang tiada.Demamnya on off ketika itu dan tak terlalu tinggi ketika di Klinik Kesihatan itu dan dibenarkan balik. Suami hanya dibekalkan ubat demam sahaja.

“18 hb Mac itu keadaan suami nampak macam kr1tikal. Dia cakap abang rasa macam nak m4ti. Jadi saya bawa ke hospital swasta.

Mulanya disyaki tapi malam itu disahkan p0sitif dan esoknya terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan diletakkan di wad insolasi.

“Kali terakhir saya bercakap dengan suami pada 21 hb kerana hari itulah dia dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terus tak sedarkan diri.

“Bayangkan perasaan saya. Nak jumpa atau ziarah tak boleh. Kami semua dalam PUI. Memang rasa nak menangis hari-hari tapi kami tidak putus harap, sentiasa mendoakannya dan meminta doa dari orang lain untuk kesembuhan suami.

“Jujurnya saya tidak tahu suami dijangkiti dari mana. Hendak kata dari penumpang dari bas dibawanya ada kemungkinan tapi tiada bukti kerana orang turun naik bas dan laluannya agak panjang. Masa yang sama suami baru hari pertama kerja selepas dua minggu duduk di rumah saja.

Kami tak pergi kenduri kahwin pun, tak pergi perhimpunan pun tapi begitulah Allah menguji kami sekeluarga.

“Saya masih terus mengharapkan suami mampu bertarung dengan semua kesakitannya.

Kita pun tidak tahu dari mana penyakit ini datang dan saya mengharapkan semua yang positif, Allah menyembuhkan mereka,” katanya berkongsi kisahnya dan mengharapkan orang ramai tidak memandang enteng soal jangan keluar rumah kerana ia boleh memberi kesan kepada orang lain seperti yang berlaku pada suaminya,” katanya mengakhiri perbualan.

Mungkin hari ini orang lain diuji dan nasib kita belum lagi. Bersamalah kita berdoa agar wabak ini segera berakhir, bagi pesakit yang positif diharapkan mereka sembuh dan dapat kembali pada keluarga.

Paling penting, stay at home untuk memutuskan rantaian wbak ini dari berterusan. Walau dinyatakan akan berlaku gelombang ketiga, doakanlah agar kita bukan seorang darinya.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

sumber : remaja.my

Previous articleSituasi Terkini di Wuhan, Seorang Ibu Menangis Apabila Meihat Anak Berlari Mendapatkan Ayahnya
Next articleSampai Berlari Aliff Syukri Lintas Jalan Raya, Rupanya Mahu Belanja Anggota P0lis Makan KFC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here