Home Petua Tips COV1D-19: Puteri Aishah disahkan p0sitif,Ini Luahan Pengurus Pelakon itu Iman Tang

COV1D-19: Puteri Aishah disahkan p0sitif,Ini Luahan Pengurus Pelakon itu Iman Tang

1435
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Aishah disahkan positif COV1D-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, di sini, petang semalam.

Berita itu dimaklumkan pengurus pelakon itu, Iman Tang melalui entri di Instagram, sebentar tadi.

Ketika dihubungi BH Online, Iman berkata, artis jagaannya itu masih berada di rumah sementara menanti tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semalam, Puteri Aishah menjalani ujian saringan COV1D-19. Petang tadi, dia menelefon saya memaklumkan keputusannya positif. Walaupun dalam perbualan, suaranya kedengaran agak tenang, tetapi saya tahu dia cuba menahan perasaan sedih.

“Selepas mengambil dokumen hasil ujian, Puteri Aishah sekarang berada di rumah untuk berkemas sementara menunggu panggilan KKM untuk membawanya ke hospital,” katanya.

Puteri Aishah atau nama penuh, Puteri Aishah Sulaiman adalah antara 18 tenaga kerja produksi drama yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, bulan lalu, yang melakukan ujian saringan COV1D-19 di sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Iman berkata, buat masa ini, belum dapat dipastikan hospital yang bakal dituju Puteri Aishah untuk rawatan susulan.

“Saya mohon peminat mendoakan pelakon filem Pulang itu segera sembuh.

“Sebelum memuat naik perkongsian ini, saya sudah meminta keizinan beliau. Entri itu bukan untuk mengaibkan Puteri Aishah.

“Sebaliknya, jika peminat tahu, secara tidak langsung, mereka akan mendoakan kesihatannya pulih seperti sedia kala,” katanya.

Sumber : BH online

Previous articlePKP: ‘Nasi lemak punya pasal,kan dah kena pulakk lagi’
Next article“Terima Kasih Shuib…,” – Ustaz Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here