Home Petua Tips PKP: ‘Nasi lemak punya pasal,kan dah kena pulakk lagi’

PKP: ‘Nasi lemak punya pasal,kan dah kena pulakk lagi’

914
0

BALIK PULAU: Seramai 24 individu termasuk seorang peniaga nasi lemak dan pelanggan ditahan pihak berkuasa di sebuah rumah di Sungai Pinang, dekat sini, kerana didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dilakukan jam 2 pagi, hari ini.

Katanya, semuanya ditahan semasa anggota p0lis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan rondaan Op COV1D-19 di kawasan berkenaan.

“Anggota yang bertugas mendapati kesemua individu berusia antara 13 hingga 40 tahun itu sedang menunggu bungkusan nasi lemak yang dijual di bahagian belakang dan tepi rumah terbabit.

“Mereka terdiri daripada 22 lelaki dan dua wanita, dan sudah dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurut Anbalagan, sekumpulan individu itu didapati tidak menghiraukan arahan anggota bertugas dan berkumpul beramai-ramai hingga melanggar arahan PKP.

Malah penjual yang berusia 23 tahun itu juga didapati menjalankan perniagaan makanan bungkus di luar waktu dibenarkan sepanjang PKP, sekali gus mendorong sekumpulan pelanggan berkunjung ke premis terbabit.

“Didapati penjual itu sudah menjual nasi lemak pada waktu berkenaan sejak tahun lalu namun tidak mempunyai lesen berniaga.

“Seramai 11 daripadanya ditahan reman selama dua hari sehingga esok (6 April) manakala 13 lagi direman selama tiga hari sehingga 7 April,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Peny4kit Berjangkit 2020.

Sumber : BH online

Previous articlePengarah, pelakon dan kru pr0duksi positif Cov1d-19,Ben Amir pun ada tu.
Next articleCOV1D-19: Puteri Aishah disahkan p0sitif,Ini Luahan Pengurus Pelakon itu Iman Tang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here