Home Viral ‘Mak maafkan segala dosa mu,halalkan segala makan minum mu’

‘Mak maafkan segala dosa mu,halalkan segala makan minum mu’

127
0

‘Mak maafkan segala dosa mu,halalkan segala makan minum mu’

Dungun: “Mak halalkan segala makan minum mu. Mak maafkan segala dosa mu. Kau tempatkan anakku ini di syurga Firdaus mu, ya Allah,” rintih Che Meriah Che Endut, 56.

Che Meriah menangis sambil memeluk dan mencium jenazah anaknya, Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 17, yang meninggal dunia di Kilometer 333.1, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), tengah malam tadi.

Remaja itu maut bersama dua lagi rakannya, Muhammad Fitri Hanif Rohami,18, dan Muhammad Shah Run Nizam Jaafar,20, selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan.

Menurut Che Meriah, anak bongsunya itu adalah satu-satunya anak yang tinggal bersamanya di Kampung Binjai Kemaman, selepas lima anak lain berumah tangga.

“Suami saya, (Laidin Rahim, 59) bekerja di pelantar minyak dan Osama adalah anak dan teman tempat saya bermanja. Kini dia sudah tiada dan saya sangat sedih,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, anaknya meminta izin untuk keluar bersama rakan dan makan nasi lemak kegemarannya di Hentian Rawat& Rehat (R&R) Paka, kira-kira 10 malam.

“Dia ada lesen memandu, sebab itu saya benarkan dia pergi. Sebelum bertolak, saya pesan supaya dia cepat pulang dan berhati-hati di jalan raya.

“Sebaik terima berita menyedihkan itu, saya terus berhubung dengan suami yang kerja di sempadan Malaysia-Thailand,” katanya yang memberitahu suaminya akrab dengan Ahmad Osama dan meminta jenazah anak mereka segera dikebumikan.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap mahu menunggu suaminya pulang untuk menatap wajah anak mereka buat kali terakhir.

Sebelum itu, wanita terbabit memberitahu Ahmad Osama tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan reda dengan ketentuan Ilahi.

“Kini tiada lagi anak tempat saya bermanja apabila suami keluar bekerja. Saya doa rohnya dicucuri rahmat dan tunggu saya di syurga,” katanya.

Sumber : hmetro

Previous article“Mentang mentang kita artis senior, yang muda tak mati ke?” sekali penyanyi Aishah bengang sebab benda ini
Next article“Apa jadi dengan ko ni” sekali penyanyi Aishah sound Azwan Ali,ada kaitan dengan Gegar Vaganza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here