Home Viral “Mentang mentang kita artis senior, yang muda tak mati ke?” sekali penyanyi...

“Mentang mentang kita artis senior, yang muda tak mati ke?” sekali penyanyi Aishah bengang sebab benda ini

185
0

“Mentang mentang kita artis senior, yang muda tak mati ke?” sekali penyanyi Aishah bengang sebab benda ini

KUALA LUMPUR Bintang All Stars Gegar Vaganza, Datuk Aishah kesal dengan persepsi negatif sesetengah pihak terhadap kerjaya seseorang yang bergelar anak seni atau terlibat dalam dunia hiburan.

Katanya, agak menyedihkan apabila ramai yang beranggapan lkononnya anak seni atau individu terkait industri hiburan lalai (hal agama/ibadah) atau lagha 24 jam.

Aishah bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengingatkan dirinya tentang mati dan ibadah, tetapi tidak perlu ‘double standard’.

Ini kerana, menurut Aishah kematian tidak mengenal usia sebaliknya yang muda juga akan meninggalkan dunia ini.

“Alhamdulillah di atas ingatan daripada para ‘wali’ yang mengingatkan i untuk mencari ilmu agama, banyakkan ibadah dan lain-lain. Mentang-mentang kita artis senior, yang muda tak mati ke?

“Cuma I nak perbetulkan sedikit persepsi orang-orang di luar sana yang ingatkan kita ni dalam bidang ini lagha semata-mata, 24/7.

“Sebenarnya persepsi itu tidak betul kerana sebagaimana orang lain juga pekerjaan kita mengambil sebahagian dari masa kita setiap hari.

“Itu yang orang nampak selebihnya masa kita lakukan perkara lain in private. Takkan kita nak rakam video kita beribadah?

“Dah jadi lain pulak, riak jadinya, timbul perasaan ujub. Insyaallah walaupun sibuk sedikit dgn All Stars GV, kami di sini tidak lupa tanggungiawab kami terhadap Sang Pencipta,” tegas Aishah.

Tambah Aishah lagi, beliau akan membaca surah Yassin setiap kali tiba si bilik persalinan jika berkesempatan, tetapi tidak pula merakamnya kerana beranggapan ia perkara privasi yang tidak perlu ditunjuk.

“I sendiri routine sampai di bilik persalinan akan membaca surah Yassin dan kalau sempat surah-surah amalan harian lain.

“Dalam bersiap juga sempat bukan solat yang wajib saja tetapi yang sunat juga. Yang dirakam video kami praktis nyanyi, tapi masa kami berzikir itu antara kami dan Allah SWT.

“Syaitan punya banyak perangkap, yang paling licik apabila mereka dapat membuat manusia rasa hebat dengan amalan mereka sendiri dan memandang hina kepada orang yang mereka rasa tidak sehebat mereka dari segi amalan.

“Jangan kita tertipu dgn muslihat syaitan. Sia-sia dan rugi di kemudian hari,” tegur Aishah.

Aishah merupakan juara GV musim keempat, masih lagi bertahan merebut gelaran juara di All Stars GV bersama 14 bintang lain, selepas Suki Low dan Cliff Umar disingkirkan pada Ahad lalu.

Sumber : IG

Previous article“Hubungan kami sebenarnya” dikatakan bakal cerai dengan Shila Amzah sekali Ubai buka mulut
Next article‘Mak maafkan segala dosa mu,halalkan segala makan minum mu’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here