Home Petua Tips ‘Tak Habis Lagi’ Isu Kais Pagi Makan Pagi, Penyanyi Black Mula Bersuara....

‘Tak Habis Lagi’ Isu Kais Pagi Makan Pagi, Penyanyi Black Mula Bersuara. Siap Tunjuk Whatsapp Ada Enam Rumah?

4179
0

” Saya bersuara untuk yang memerlukan, contoh macam beberapa penyewa saya ini, saya tolong dengan cara macam ini. Walaupun tak banyak, saya yakin dapat mengurangkan sedikit bebanan mereka.”

Demikian penjelasan penyanyi, Black Hanifah yang memutuskan tidak mengambil sewa bulan April daripada beberapa penyewa rumah miliknya bagi meringankan beban mereka.

Black berkata, inisiatif itu bagi membantu mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP).

” Kenyataan saya tempoh hari pula, saya bersuara untuk penggiat seni. Saya malas nak tulis panjang, nanti anda tak baca pula,” katanya.

Niat bersuara untuk penggiat seni lain dis4lah erti

Black juga berharap pihak yang s4lah faham dengan kenyataannya tempoh hari dan ingin memberi bantuan kepadanya tidak perlu berbuat demikian.

Sebaliknya, dia meminta jasa baik mereka yang sudi supaya mengutamakan penggiat seni lain untuk dibantu.

” Bagi yang nak hantar beras, susu, masukkan duit dalam bank saya dan cakap saya tak ada duit, itu semua tak perlu.
” Tapi, kalau boleh bagilah untuk penggiat seni yang memerlukan pula. Ini bukan riiak, tapi ini jalan terakhir untuk warganet faham,” katanya.

Black tunjuk Whatsapp, ada rumah sampai 6 buah?

Terdahulu, menerusi perkongsi di Instagram, Black turut memuatnaik keratan perbualan Whatsapp di mana beliau memaklumkan kepada penyewanya untuk tidak mengambil sewa bagi bulan April ini.

Sementara di ruangan kapsyen, Black menjelaskan sebab utama berkongsi hal tersebut selepas salah faham dengan warganet yang menyangka beliau mahu meminta bantuan kerajaan

” Sampai kena buat mcmni nk kasi korg faham, ni jangan ckp saya nak menunjuk-nunjuk pulak. Saya bersuara utk yang memerlukan contoh macam penyewa-penyewa saya ni, saya tolong dgn cara mcmni.

” Walaupun tak banyak saya yakin kurang sikit bebanan dorang. Statement saya aritu pulak, saya BERSUARA UTK PENGIAT SENI. Saya malas nak tulis panjang-panjang, korang takkan baca.

” Bagi yang nak hantar beras susu anak saya, nak bank in duit kat saya, cakap saya takde duit, Itu semua XPERLU! tp kalau bagi boleh la bagi utk pengiat seni yg memerlukan pula.

” Ini bukan riiak, ini jalan terakhir utk bg netizen faham. Akan ada lagi kec4man, TAPI AKU TETAP AKAN TERUS BERJUANG UTK PENGIAT SENI.” akhiri Black

 

Dalam pada itu, seperti yang dijangka Black, masih ramai warganet yang tidak faham niat sebenar beliau apabila segelintir menulis komen meng3cam kononnya Black mahu menunjuk-nunjuk.

Ia berikutan, berdasarkan keratan Whatsapp dikongsikan, Black menyimpan nombor penyewa rumah beliau dengan nama ‘Rumah No 1′, Rumah No 2’ dan sehingga ‘Rumah No 6′.

Ini memberi gambaran Black sebenarnya seorang yang bijak melabur dalam bidang hartanah kerana mempunyai 6 buah rumah yang disewakan.

” Banyaknya rumah kau Black, kaya-raya..” Tulis Mat Anip

” Ko layak kot trima bntuan yang kumpulan pendapatan isi rumah bawah rm4k tu.. Tggu je black.. Bnyk jgak tu rm1600.” tulis Arif

Sebenarnya tidak menghairankan sekiranya Black ada 6 buah rumah sekalipun kerana pada Julai tahun beliau dilaporkan membina banglo dan tiga chalet iaitu D’ Sawah Chalet mencecah RM200,000 buat kedua ibu bapanya di Kupang, Baling, Kedah.

Namun isunya bukan hendak bercakap tentang berapa banyak harta Black, tetapi untuk menjelaskan Black berjuang untuk anak seni lain yang tidak berkemampuan.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : malaysiaunited

Previous articleTerpaksa diku4rantin di Istana, Permaisuri Agong Tengku Azizah ‘tak sunyi’ ditemani kucing comel
Next articleCOV-19: ‘Ketepikan Peminat, Utamakan Artis..’ Komen Zizan Mula Tarik Perhatian Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here