Home Petua Tips Degil Tak Hirau SOP, Warga Asing Dilihat Masih ‘Membanjiri’ Kawasan Pasar Borong...

Degil Tak Hirau SOP, Warga Asing Dilihat Masih ‘Membanjiri’ Kawasan Pasar Borong Selayang!

1403
0

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang yang tamat pada 12 Mei lalu nyata tidak memberi kesan kepada orang ramai di kawasan itu.

Sangkaan mereka akan patuh selepas tamat PKPD nyata jauh meleset!

Malah lebih teruk lagi apabila dilaporkan pendatang warga asing masih memenuhi dan berkeliaran di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, lapor Malaysia Gazette.

Malah menurut salah seorang individu yang bekerja berhampiran kawasan tersebut, Firdaus Maksum berkata warga asing yang mungkin juga ada antara mereka Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dilihat langsung tidak menghiraukan SOP yang telah ditetapkan.

“Saya minta pihak polis dan tentera pantau keadaan Pasar Borong Selayang ini dan tangkap mereka untuk dibawa pulang,”

Sudah lah tidak patuh SOP, pendatang asing ini juga dilihat tidak menjaga kebersihan malah gemar meludah di merata-rata tempat.

Tinjauan juga mendapati amalan SOP tidak dihiraukan kerana mereka dilihat tidak menjaga kebersihan termasuk gemar meludah merata-rata.

Dalam pada itu, tidak dinafikan banyak juga premis sudah ditutup dan tidak beroperasi sejak PKPB dan salah satu punca kerana ramai warga asing dan PATI telah ditahan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, sebelum ini golongan warga asing memonopoli premis di kawasan berkenaan dan kini sebahagiannya sudah tidak beroperasi namun masih ada segelintir mereka tidak menghiraukan larangan dengan beroperasi secara senyap-senyap.

Sumber : Mgazette

Previous articlePelakon Shah Hazvee Akhirnya Did4kwa Memikat Isteri Orang,Kakak Tolong Ikat Jamin RM2000
Next articlePeniaga Tayar Tak Mengaku S4lah Rempuh Penjaja dan M4ki Anggota P0lis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here