Home Petua Tips Mat Kelantan tunggang Ysuku dari KL balik Tumpat demi arw4h bapa, h1ba...

Mat Kelantan tunggang Ysuku dari KL balik Tumpat demi arw4h bapa, h1ba pertama kali sambut raya di pus4ra

50
0

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya.

Bagi Muhammad Syahmi, 26, pemergian bapanya Che Mahadi Mat Roni ak1bat C0vldl9 pada Ogos tahun lalu masih lagi terasa sehingga ke hari ini.

Dia yang kini bekerja di Kuala Lumpur (KL) sanggup menunggang motosikal untuk balik ke Kelantan apabila Aidilfitri diumumkan secara mengejut pada malam 1 Mei lalu demi menziarahi pus4ra Allahyarham.

“Selepas pengumuman raya mengejut, kedai tempat saya bekerja ditutup awal sekitar pukul 10.45 malam. Selepas itu, saya terus balik ke rumah dan kemas baju. Dengan keadaan tak mandi, saya memulakan perjalanan menaiki motosikal pada pukul 11.30 malam.

“Alhamdulillah, saya sampai ke Tumpat, Kelantan pada pukul 5.30 pagi. Saya bawa motor sendirian. T1pulah kalau tak risau, takut micro-sleep, kemudian kena lalu kawasan berbukit, kawasan gelap… Saya hanya galas satu beg dan bawa satu lagi beg dalam bakul motor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Dulu saya pernah bawa motor dari Kelantan ke KL. Jadi ia merupakan pengalaman kedua menunggang motor jarak jauh masa malam raya hari tu. Saya juga risau jadi m4ngsa s4mun. Namun Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan saya.

“Memang niat saya balik pun sebab nak ziarah kvbur ayah sempena raya. Sampai pagi tu, terus saya ziarah kvbur ayah sebelum beraya. Inilah kali pertama saya beraya tanpa ayah,” ujarnya yang mesra disapa Syahmi.

Foto kenangan Syahmi bersama Allahyarham bapanya.

Menurut Syahmi yang bekerja sebagai jurujual, dia sudah kembali ke ibu kota dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 yang lebih dikenali sebagai Ysuku pada Syawal ketiga.

Mengimbas pengalaman beraya di desa, Syahmi berkata lebaran kali ini sedikit suram dan hanya kenangan lama yang terbayang di ingatan.

“Rasa lain sangat raya kali ini. Memang banyak kenangan raya dengan arw4h. Kalau dulu, arw4h selalu ingatkan supaya cari daun untuk buat tapai, cari buluh lemang dan sebagainya.

“Memang berbeza puasa dan raya tanpa ayah. Rasa seb4k, tapi nak tak nak kita kena kuat,” ujar Syahmi yang sudah tiga tahun bekerja di ibu kota.

Dalam pada itu, dia juga terharu apabila video ketika dia menziarahi pus4ra tular dan meraih perhatian di TikTok.

Ujar Syahmi, dia berterima kasih atas segala komen netizen yang banyak memberikan semangat untuk dia kuat meraikan Aidilfitri buat pertama kali tanpa bapa di sisi.

Syahmi sudah tiga tahun bekerja di Kuala Lumpur.

“Ramai yang ucap takziah, pada masa sama ramai yang doakan arw4h. Ramai juga anak yatim piatu yang berkongsi kisah mereka di ruangan komen.

“Kata-kata mereka memberikan semangat untuk saya. Kepada mereka yang masih ada mak ayah, hargailah mereka. Baliklah ke kampung sekerap mungkin.

“Memang betul, setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Bila mereka dah tiada, kita hanya mampu berdoa. Sesungguhnya doa anak soleh dan solehah akan sampai kepada arwah ibu ayah mereka,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: mstar

Previous article“Best Tengok Diorang Ni, Setia Je,” – Izzue Islam Syukur Dapat Beli Rumah Idaman, Ramai Tumpang Happy!
Next article[Video] “Kasih seorang Ayah” – Kita pulak yang seb4k tengok layanan ustaz pada mukmin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here