Home Petua Tips Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ari Sedia Nak Kahwin, Calon Dah Ada

Meniti Usia 35 Tahun, Johan As’ari Sedia Nak Kahwin, Calon Dah Ada

140
0

Meniti usia 35 tahun, pelakon yang mencipta nama menerusi siri Juvana, Johan As’ari mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama buah hatinya.

Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar Johan Ariff As’ari itu berharap agar perancangannya menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh harapnya menjadilah. Saya bimbang nak kongsikan berkenaan hal ini sebab nanti tak jadi. Saya pun susah banyak kali rancang nak kahwin tapi tak jadi.


“Segan pula nak cerita pasal kahwin. Lebih baik saya minta orang doakan semoga dialah jodoh saya,” katanya yang sudah tiga tahun  ‘berkawan’ dengan wanita yang menetap di Perlis itu.

Mengulas hubungannya dengan wanita terbabit, kata Johan, kedua-dua mereka terbuka bercakap mengenai teman hidup.


“Kami tak macam orang lain yang berkawan, juga tak mesra macam pasangan bercinta lain. Tetapi, masing-masing sudah matang berfikir sekiranya jodoh itu sampai maka kita kahwin.

“Kami tak selalu dating dan dia pun tak mendesak. Dia ada cakap, kalau saya jumpa orang lain dan itulah jodoh… kahwinlah. Dan begitu juga sebaliknya. Saya sentiasa berdoa dan bersedia untuk reda,” katanya.


Sebelum ini, Johan dikatakan bercinta dengan ahli perniagaan berasal dari Perlis.  Hubungan yang terjalin itu juga turut direstui keluarga.

Sumber: b.cari.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article[VIDEO] Sebagai Tanda Hargai Pekerja, Fazura Habis Puluhan Ribu Belanja Beg Jenama Mewah
Next article“Awak Tk Kenal Lagi Saya Siapa…” -[VIDEO] Watak Nurul Ain Bagi Am4ran Pada Fatin Husna, Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here