TR4GEDI banjir yang mel4nda sebahagian negeri dalam Malaysia sejak beberapa hari lalu ternyata meruntun hati kita semua.
Disebalik air mata dan tangisan, terselit sedikit sinar pada wajah m4ngsa-m4ngsa banjir dengan kunjungan orang ramai yang seikhlas hati menghulurkan bantuan.
Tidak terkecuali tentunya mangsa banjir di Batu 16, Hulu Langat, Selangor yang menerima kunjungan istimewa anak menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Rabu.
View this post on Instagram
Salah seorang m4ngsa di kawasan itu, Megat Ahmad Danial Mazalan, 30, berkata, dia sekeluarga terharu dengan kehadiran anak perempuan perdana menteri iaitu Datin Nina Sabrina yang ditemani suaminya, pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie seawal pukul 9 pagi.
“Bila dapat bantuan begini, sudah tentu kami sekeluarga rasa gembira. Sekurang-kurangnya ada semangat positif untuk kami semua.
“Datuk dan Datin datang ke rumah keluarga saya, kemudian mereka turut berkunjung ke rumah ibu saudara saya yang terletak bersebelahan saja.
“Mereka turut membantu untuk membersihkan kediaman kami. Datuk dan Datin tiba seawal 9 pagi dan berada di sini sehingga jam 2 petang,” ujarnya kepada mStar.
Aktiviti pembersihan yang dilakukan sejak pagi pada Rabu.
Senang disapa Danial, m4ngsa benc4na alam ini mended4hkan sikap rendah diri pasangan tersebut turut membuatkan dia gembira dalam menghadapi hari mendatang selepas benc4na mel4nda.
Malah katanya, pasangan Nina dan Jovian cukup mesra, sekaligus membuatkan dia berasa dekat dengan anak menantu pemimpin nombor satu negara itu.
Empat buah kereta tenggelam, dua motor turut tenggelam… banyak peralatan eletrik yang rosak.
DANIAL
“Dapat berbual dengan mereka pun buat kami rasa gembira. Bila mereka datang menghulurkan bantuan, saya rasa macam ada hubungan yang erat.
“Bukan ter4sa seperti kawan, tapi lebih macam keluarga. Mereka sangat merendah diri. Mereka all out membantu bersihkan rumah kami. Saya nak ucapkan terima kasih buat pasangan ini,” ujar Danial yang bertugas mempromosi produk berkaitan sukan atau sports marketer.
Dalam pada itu, Danial turut bercerita mengenai nasib menimp4 keluarganya yang berhadapan kerug1an dek becana berkenaan.
Danial akui terharu dengan kunjungan pasangan itu.
Jelas Danial, empat buah kereta milik keluarganya turut ditengg3lami air banjir yang naik kira-kira dua meter di kawasan tersebut.
“Situasi semakin baik, tapi banyak yang kami perlu lakukan. Nak baiki semua benda sudah pasti ambil masa yang lama.
“Ini merupakan banjir terbvruk. Bapa saya membesar di Langat, dia pun terk3jut. Tak pernah terjadi begini.
Usaha murni mereka sudah tentu memberikan sedikit kebahagiaan buat m4ngsa banjir.
“Air naik kira-kira dua meter hingga ke paras dinding rumah kami. Empat buah kereta tenggelam, dua motor turut tenggelam… banyak peralatan eletrik yang rosak,” ujar Danial.
Tambah Danial, sudah tentu bantuan makanan diperlukan, namun paling penting mereka berharap ada individu lain lagi dapat menyumbang tenaga untuk membersihkan kediaman m4ngsa banjir.
“Kita perlukan tenaga manusia untuk membersihkan kawasan selepas banjir. Sudah tentu makanan pun penting, tapi nak bersihkan tu satu h4l lagi.
“Tapi keadaan ber4nsur pulih, kami pun dah balik ke rumah,” ujarnya lagi.
Antara yang dikongsi di Instagram Jovian.
Menerusi perkongsian menerusi Instagram, Jovian dan kumpulan yang terlib4t dalam misi itu turut dilihat membersihkan kediaman lain di kawasan sama.
Antara yang turut dikongsi oleh Jovian merupakan kisah seorang lagi mangsa banjir yang disapa sebagai Aunty Nakiah.
Jovian turut berkongsi gambar wanita itu yang berdiri di hadapan kediamannya yang masih berada dalam ke4daan dipenuhi lvmpur.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar