Home Petua Tips “Minta Maaf Kepada Keluarga Saya, Suami Dan Anak-Anak. Doakan Kami Semua.” –...

“Minta Maaf Kepada Keluarga Saya, Suami Dan Anak-Anak. Doakan Kami Semua.” – Puteri Sarah Positif Cov1d-19

59
0

Cov1d-19 ada di mana-mana! Terbaru, selebriti Puteri Sarah Liyana telah berkongsi khabar duka bahawa dirinya positif Cov1d-19. Difahamkan, selepas tiga kali melakukan ujian calitan, Puteri Sarah Liyana mengesahkan dirinya positif virus bahaya itu. Menerusi perkongsiannya di Instagram semalam, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerima banyak komen dan doa daripada pengikutnya.

Tambah isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof, dia tidak menyangka akan dijangikiti wabak tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom yang membimbangkan. Katanya, dia telah menjadi jarak dan cuba sebaiknya untuk kurang mendedahkan diri kepada v1rus berkenaan namun ia tetap berlaku kepadanya.

“Assalamualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan tak campur orang, akhirnya kecundang juga.

“Paling menyedihkan, semalam buat lagi ujian calitan sebab saya tak ada deria rasa bila makan dan tak ada deria bau. Bila buat ujian calitan ketiga semalam, saya disahkan positif Covid-19,”

Dalam hantaran yang sama, Puteri Sarah juga sempat memohon maaf kepada ahli keluarga dan kontak rapat yang pernah bertemu dengannya sebelum ini. Dia juga memohon agak sesiapa yang ada berjumpa dengannya untuk lakukan ujian calitan secepat mungkin. Puteri Sarah kemudiannya meminta pengikutnya untuk mendoakan dirinya dan sekeluarga. Tambah, Puteri Sarah juga berpesan supaya orang ramai tidak keluar rumah jika tiada ada apa-apa urusan penting. Semoga cepat sembuh Puteri Sarah!

 

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous articleSambut Hari Lahir Ke-16, DSV Rasa Gagal Didik Cik B Jadi Usahawan
Next article“Tak Serik Langgar SOP..” – Lebih 15 Ribu Netizen Sokong Petisyen ‘Sumbat’ Neelofa Dalam Penjara 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here