Home Petua Tips “Tak Serik Langgar SOP..” – Lebih 15 Ribu Netizen Sokong Petisyen ‘Sumbat’...

“Tak Serik Langgar SOP..” – Lebih 15 Ribu Netizen Sokong Petisyen ‘Sumbat’ Neelofa Dalam Penjara 

54
0

Baru-baru ini, Neelofa dan keluarganya sekali lagi terpalit dengan kontroversi di mana tular sebuah video mereka sekeluarga menyambut syawal bersama-sama. Hal ini telah mengundang kemarahan netizen yang telah mempertikaikan mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti ziarah-menziarahi semasa hari raya di saat negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Acap kali melanggar SOP, seorang individu telah memulakan sebuah petisyen yang bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera sehingga tular di sekitar laman sosial Twitter dan kini telah meraih sebanyak 15 ribu sokongan. Angka tandangan netizen ini semakin lama semakin meningkat yang seolah-olah telah membuktikan bahawa netizen benar-benar kecewa dengan sikap Neelofa sekeluarga yang tidak mengikut SOP.

“Neelofa merupakan seorang selebriti yang telah banyak kali melanggar SOP dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

“Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang double standard dikenakan terhadap beliau,” tulis keterangan pada petisyen tersebut.

Kemunculan petisyen ini difahamkan bermula daripada sebuah kenyataan media rasmi Pihak Polis Brickfields yang dikatakan telah mengubah SOP Hari Raya Aidilfitri. Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Twitter akaun milik Polis Diraja Malaysia, Ketua Daerah Polis Brickflieds, Anuar Bin Hj. Omar (ACP) berkata aktiviti ziarah-menziarahi di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah dibenarkan dan dikira sebagai satu kawasan jangkitan meskipun dalam PKP.

Lantaran itu, kenyataan media itu membuatkan netizen tidak berpuas hati dan membanjiri ruangan komen ciapan tersebut dengan menampilkan SOP Hari Raya daripada kenyataan media YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa pengumuman PKP diisytiharkan seluruh negara. Netizen sekali lagi berang dengan tindakan pihak berkuasa yang seakan tidak telus dalam menjalankan amanah negara dek kerana dikatakan masih wujud double standard dalam golongan kayangan dan golongan marhaen.

Antara kesalahan Neelofa yang tertera dalam petisyen tersebut ialah mengadakan majlis perkahwinan, merentas negeri ke Pulau Langkawi, Kedah, merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan dan terbaru melanggar SOP Hari Raya Aidilfitri. Terdahulu Neelofa serta keluarga dikenakan kompaun atas dakwaan melanggar SOP majlis perkahwinan. Kini, menurut laman portal Harian Metro, Neelofa dan suami, Haris Ismail akan dihadapkan ke mahkamah bagi menyelesaikan isu rentas negeri ke Nilai 3.

Bagaimanapun, sebarang kenyataan mengenai isu langgar SOP Aidilfitri masih belum dikeluarkan  daripada pihak berkuasa dan pihak Neelofa bagi mengulas isu yang sedang hangat menjadi buah mulut orang ramai. Sama-sama kita nantikan.

 

Penulis: Aqilah Paharuzi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous article“Minta Maaf Kepada Keluarga Saya, Suami Dan Anak-Anak. Doakan Kami Semua.” – Puteri Sarah Positif Cov1d-19
Next article“Tak Har4m Ke…,” Netizen Persoal Zizan Razak Jalani Proses T4nam Rambut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here