Home Petua Tips Misha TerkiI4n Ada Pihak Menyarankan Hiburan Dikurangkan Hanya Kerana Negara Dilanda Musib4h

Misha TerkiI4n Ada Pihak Menyarankan Hiburan Dikurangkan Hanya Kerana Negara Dilanda Musib4h

56
0

Penyanyi Misha Omar terkil4n pandangan pihak tertentu yang menyarankan agar aktiviti hiburan dikurangkan hanya kerana negara dilanda musib4h.

Lebih membuatkan Misha atau nama sebenar, Samihah @ Aisah Omar, 39, kes4l adalah pendapat itu dikatakan disuarakan individu yang punca pendapatan adalah daripada dunia seni.

Kredit foto: IG Misha

“Setiap orang ada pendapat mereka sendiri. Saya akur dengan hakikat itu. Bagaimanapun, kita tidak boleh paksa atau laksanakan apa yang mereka suarakan itu.

“Sebagai selebriti dan punya ramai pengikut, mereka kena ingat, apa yang disuarakan akan menjadi perhatian peminat dan pasti akan dipersetujui mereka.

“Industri kita baru hendak bermula. Jangan bunuh jiwa atau patahkan semangat anak seni lain yang mahu cari rezeki,” katanya ketika ditemui pada sidang media majlis Malam Gala Amal Bunga Bunga Cinta Misha Omar anjuran The H Entertainment Sdn Bhd di ibu negara, semalam (kelmarin).

Misha mengulas pandangan segelintir penggiat seni yang menyarankan stesen televisyen (TV) mengurangkan program hiburan yang dianggap tidak sensitif berikutan musibah banjir yang melanda negara.

Penyanyi vokal gemersik ini menambah, pihak berpandangan demikian perlu memikirkan kesan kenyataan dibuat kerana boleh mengakibatkan periuk nasi orang lain terjejas.

Kredit foto: IG Misha

“Apabila industri hiburan bergerak, secara tidak langsung ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang berkaitan seperti pemuzik, jurusolek dan sebagainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)


“Tidak semestinya apabila kita berhibur, kita tak fikir pasal kesusahan yang dihadapi insan lain atau langsung tidak membantu mereka.

“Apapun, hidup mesti diteruskan,” kata penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous articleMemang Ramai! Ini 41 Selebriti Yang Berkahwin Pada 2021
Next articleBantu M4ngsa Banjir, Rosyam Nor Dapat Sponsor Waterjet! Terbaik Datuk!z

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here