SEBATANG pokok keladi gergasi yang tumbuh berdekatan kawasan rumah dianggap unik, membuatkan seorang wanita mahu menanamnya di halaman rumah.
Demi memenuhi permintaan si ibu, anak-anak menggunakan kereta untuk pergi menebang dan mengangkutnya pulang gara-gara saiznya yang besar.
Suami (kanan) dan adik lelaki Musfirah berusaha mengangkat pokok keladi dekat kawasan paya.
Berkongsi pengalaman, Noor Musfirah Mukhatar berkata, kewujudan pokok keladi gergasi itu telah lama disedari oleh ibunya apabila dia sering menyiram pokok-pokok di halaman rumah.
Noor Musfirah yang berusia 25 tahun itu memberitahu, pokok tersebut tumbuh di kawasan paya yang terletak bersebelahan dengan rumah keluarganya di Bukit Payong di Marang, Terengganu.
“Sekarang ni trend tanam pokok keladi dan mak pun berjinak-jinak tanam juga sebatang dua di halaman rumah. Dekat kawasan paya tu memang ada banyak pokok keladi.
“Mak kata ada satu pokok keladi tu cukup unik, dari jauh boleh nampak. Tapi terfikir macam mana nak masuk sebab kawasan paya dan ada semak s4mun,” katanya kepada mStar.
Video:
View this post on Instagram
Noor Musfirah berkata, dia bersama suami dan adik lelaki mengambil keputusan untuk menaiki kereta ke seberang kawasan paya sejauh kira-kira 200 meter dari rumah.
“Walaupun paya tu sebelah rumah je, tapi nak ke tempat banyak pokok keladi tu kena pergi ke seberang. Tugas saya memandu kereta, manakala suami dan adik lelaki pergi menebang.
“Mereka bawa pis4u dan cangkul. Masing-masing pakai but sebagai langkah keselamatan sebab semak boleh cecah paras pinggang, ris4u ada ular atau binatang berb1sa lain,” katanya yang turut membawa anak lelaki berusia tiga tahun.
Adik lelaki Musfirah memegang pokok keladi ketika menaiki Myvi.
Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun tidak menyangka pokok keladi itu setelah ditebang sebenarnya jauh lebih besar dari apa yang dilihat dari rumah mereka.
“Tingginya hampir dua meter, besar sangat dan daunnya cukup cantik. Tapi masalahnya tak muat pula nak bawa balik masa kami datang dengan Honda Jazz.
Bila pokok keladi besar tu sampai di rumah, mak terkejvt tak sangka saiznya lagi besar depan mata. Tinggi mak je separuh pokok
NOOR MUSFIRAH MUKHATAR
“Kami patah balik ke rumah, dan mak offer guna kereta Myvi dia. Kami kembali ke kawasan paya tu dan dapat bawa masuk pokok tu separuh.
“Nasib baiklah tu jalan di kawasan perumahan, tak sesibuk mana. Cuma orang yang lalu-lalang pandang macam pelik sebab separuh pokok yang dipegang adik terkeluar dari kereta… saya bawa kereta pun perlahan-lahan,” katanya.
Dua pokok keladi berlainan saiz untuk ibu tercinta.
Musfirah yang bertugas sebagai jururawat menyifatkan pengalaman untuk membawa pokok keladi gergasi bersama sebatang lagi pokok keladi bersaiz lebih kecil begitu menc4bar.
“Bukan setakat besar, tapi berat juga sampai kena pakai kudrat dua lelaki. Nak heret dengan berjalan kaki ke rumah memang tak dapatlah. Mujur ada Myvi,” tambahnya.
Foto kiri suami Musfirah bersebelah dengan pokok keladi, kanan Musfirah (kiri) bersama anak (tengah) dan kakak.
Dalam pada itu, Musfirah berkata, ibunya sebelum ini pernah mempunyai anak pokok keladi dan pernah mencampakkanya ke kawasan paya sebelah rumah ketika proses pembersihan.
“Dah bertahun-tahun, tapi tak pasti anak pokok keladi tu membesar ke tak. Mak memang suka berkebun, ada beberapa jenis tanaman sayur selain pokok betik dan pokok pisang.
“Bila pokok keladi besar tu sampai di rumah, mak terkejvt tak sangka saiznya lagi besar depan mata. Tinggi mak je separuh pokok.
“Mak excited sangat. Alhamdulillah dapat juga kami penuhi request mak walaupun pokok tu berat sangat sampai suami s4kit pinggang selepas mengangkat,” ujarnya secara berseloroh.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar