Home Petua Tips Muka Anak Asyik Ikut Bapak, Wawa Zainal Seronok Akhirnya Dapat Anak Wajah...

Muka Anak Asyik Ikut Bapak, Wawa Zainal Seronok Akhirnya Dapat Anak Wajah Sepertinya

60
0

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti yang sama cantik sama padan iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Pasangan ini telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka tahun lalu.

Pada mulanya anak bongsu mereka diberi nama Jibril Ibtisam. Namun nama itu telah ditukarkan kepada Muhammad Fahri kerana anak bongsu mereka sering menangis.


Tidak banyak gambar baby Fahri dikongsikan oleh kedua ibu bapanya. Namun kelmarin, Wawa telah memuat naik video Fahri yang kini sudah berusia 3 bulan lebih. Cepat sungguh masa berlalu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wawa di akaun Instagram miliknya, kelihatan Wawa sedang berborak dengan anak bongsunya. Di ruangan kapsyen, Wawa mengatakan bahawa Fahri sangat suka ‘bercakap’ dan ketawa apabila bangun daripada tidur. Namun apabila sudah mengantuk, Fahri akan tantrum dan menangis seolah-olah kena pukul.


Video yang dikongsikan oleh Wawa kini telah ditonton lebih 323 ribu tontonan oleh peminat Wawa. Kecil-kecil dah pandai tarik perhatian orang dengan wajah comelnya itu.

Terdapat juga netizen yang mengatakan bahawa wajah Fahri sangat seiras dengan Wawa. Hal ini menyebabkan Wawa berasa sangat seronok.

Tak lama lagi mesti kita akan melihat Fahri dah boleh berjalan dan bercakap. Semoga Fahri membesar menjadi seorang anak yang soleh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.malaysiatime.me/

Previous article“Saya Tak Berlakon”- Aaron Aziz Cerita Kisah Sebenar Babak Men4ngis Teruk Dalam Drama Suamiku Lelaki Pendosa
Next article“Iddah Pun Belum Habis Lagi,” – Kecoh Jodoh Dengan Sharnaaz, Shila Amzah Minta Ruang Fokus Diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here