Home Petua Tips Hanyut bila dgn boss di pejabat sampai lupa status sebagai isteri. Mula...

Hanyut bila dgn boss di pejabat sampai lupa status sebagai isteri. Mula tersedar bila anak dekat rumah kerap sakit.

681
0

Aku dah kerja sebagai penjawat awam dah 16 tahun. Selepas graduate 2-3 tahun juga kerja di priivate sector sebelum masuk gov sector.

Apa aku nak kongsi adalah pengalaman sendiri yang mungkin boleh dijadikan sempadan supaya jangan terjebak.
Masa aku masuk gov sector, muda lagi, dalam usia 25-26 tahun gitu. Tapi masa tu aku dah kahwin.

Aku kahwin right after graduation, masa umur 23.

Posting pertama aku di negeri kelahiran aku sendiri. Rezeki. Bukan senang awal awal posting dah dapat tempat sendiri. Suami aku ikut aku pindah. Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia, dapat kerja yang sesuai dengan dia.

 

Sampailah satu ketika, ketua unit aku dah berani bercerita tentang hal rumah tangga dia pada aku.

Aku yang masa to anggap biasa2 saja rajinlah jugak melayan luahan perasaan dia. Lama2 dari luahan perasaan, jadi luahan hati, meleret2 bila syaitan dah berjaya cucuk jarum.

Dia kata, sebab apa wife dia tak macam aku, mula banding banding kekurangan wife sendiri. Mula puji2 aku melambung2.

Dan aku? Makin hanyut dengan pujian dan perhatian orang lain. Dah macam orang bercinta, telefon sentiasa di tangan. Masa tu belum ada WhatsApp dan media sosiial. Tapi ada sms.

Aku mula fikir macam mana aku nak keluar dari kemelut tu. Tak nak aku terus-terusan dalam d0sa. Nak elak berjumpa memang tak boleh, sebab kami seunit.

Nak berhenti kerja, Aku tak sanggup. Aku tak putus berdoa, solat taubat, mohon jalan keluar.

Aku isi borang, mohon pindah, atas alasan, tempat kerja jauh. Memang ketua jabatan aku cakap awal2 dia tak sokong. Sebab alasan yang remeh.

Habis tu takkan aku nak letak alasan nak elak skandal dengan suami orang. Aku diam dan terima saja komen ketua jabatan aku. Tapi borang pindah tu tetap Aku proceed dan hantar.

 

 

Tapi sebab ketua jabatan aku ada kursus di luar, makanya surat tu belum diminitkan pada aku lagi. Sujud syukur aku masa tu.

Aku hadir mesyuarat dan melapor diri pada masa yang sama. Esoknya aku mohon pelepasan untuk kembali ke tempat kerja lama aku untuk menguruskan perpindahan aku dan nak hand over semua urusan kerja sebelum ni.

Aku masuk berjumpa dengan ketua jabatan aku. Agak mencuka mukanya. Soalan dia pada aku, kabel mana aku guna untuk pindah? Dalam hati aku jawab, kabel paling besar di atas sana.

Alhamdulillah. Aku nak keluar dari maksiat, Allah buka jalan, yang tak disangka2.

Sampailah sekarang, kawan kawan aku yang nak berhuha, berjimba atau meluah perasaan hanyalah perempuan. Taknak aku terjerumus dalam perangkap yang sama.

Dan yakinlah kalau kita betul betul nak berubah, Allah akan buka jalan untuk kita.

Terima kasih untuk semua yang membaca. Aku mengajak, sama sama lah kita jaga diri kita dari terjebak dengan perkara yang sia sia. Kalau dah terjebak tu, usahalah untuk keluar, insyaAllah, Dia dengar dan nampak usaha kita.

Sumber : kuasaviral

Previous articlePenerbit drama nak sh0oting,PRESIDEN Persatuan PP Filem Malaysia mula bersuara
Next article“Mengapa saya bantu remaja ini…” – Bekas guru menangis cerita kisah sebenar hidup Nurshahira

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here