Home Petua Tips “Murni Hati Kau Dik” – Anjing Takut Guruh? Pekerja Pasar Raya Ini...

“Murni Hati Kau Dik” – Anjing Takut Guruh? Pekerja Pasar Raya Ini Dipuji Kerana Benarkan…

58
0

Tindakan seorang pekerja sebuah pasar raya yang membenarkan seekor anjing memasuki premis mendapat pujian ramai.

Difahamkan, kisah tersebut mula tular selepas dikongsi oleh seorang pemuda di akaun Facebooknya.

Menurut lelaki itu, dia pada awalnya memasuki premis untuk membeli barangan rumah.

Namun, dia kemudian terkejut apabila terserempak dengan seekor anjing yang menyorok di bahagian bawah rak barangan.

“Tengah pilih barang tiba-tiba nampak dia dekat situ.

“Pekerja kata gurvh kuat kat luar buat dia takut, sebab tu dia lari menyorok situ.

“Saya dimaklumkan lagi ini bukan kali pertama dia masuk. Setiap kali guruh dan hujan lebat selalunya dia akan menyorok di situ.

“Kesian dia, nasib anjing jalanan,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudian mendapat pujian ramai apabila pekerja itu dengan rela melindungi anjing tersebut.

Namun, pada masa sama orang ramai dinasihat tidak memperbesarkan isu tersebut terutama yang mudah ‘tersinggung’ jika membabitkan anjing.

“Salute to the workers there. Tolong haiwan jalanan pahalanya besar. Tak kisah anjing je kucing ke, if they need shelter or food..kite bagi je”.

“Nanti tuhan balas dgn ganjaran lebih besar. Haiwan jalanan tu bukan macam haiwan yang dibela”.

“Murni hati kau selamatkan haiwan”.

“Nanti muncul la puak-puak terpaling mulia kritik,”tulis beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleZara Zya Beli Porsche 718 Boxster Bernilai RM400 Ribu?
Next article[Vide0] Kisah Kehidupan Monyet Dan Oyen Ini Buat Ramai Terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here