Home Petua Tips Nak bantu rakan hil4ng jam, kali ke-2 menyelam abang bomba jumpa ‘h4rta...

Nak bantu rakan hil4ng jam, kali ke-2 menyelam abang bomba jumpa ‘h4rta k4run’ di dasar tasik popular di Terengganu… macam-macam ada!

105
0

CINCIN, duit, jam berjenama – itu antara “harta karun” yang dijumpai seorang pemuda ketika menyelam di sebuah tasik yang menjadi tumpuan orang ramai beriadah.

Bercakap kepada mStar, Mohd Zulhilmi Syahmi Abdul Aziz berkata, dia telah pergi ke Taik Puteri Bukit Besi, Dunggun, Terengganu untuk membantu rakannya yang kehilangan Apple Watch miliknya.

Zul berkhidmat dalam unit Pasukan Penyelamat di Air, Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuantan.

Anggota bomba yang berkhidmat dalam unit Pasukan Penyelamat di Air, Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuantan, Pahang ini bagaimanapun bukan hanya menjumpai barangan berharga milik sahabatnya, tetapi pelbagai barangan lain.

“Masa tu ada seorang kawan saya telefon beritahu yang minggu sebelum tu dia dengan kawan-kawan pegi konvoi motosikal ke tasik tu untuk bersantai-santai dan mandi manda, kawasan tu ada satu air terjun daripada tasik dan ada kawasan tadahan air terjun tu yang agak dalam, lebih kurang 7 atau 8 meter.

“Masa diaorang tengh mandi-mandi, kawan saya ni terjun dari atas batu ke dalam air tu, pada masa sama dia pakai Apple Watch tapi tiba-tiba lepas terjun tu dia perasan jam tu tercabut.

“Dia tak sempat nak ambil dan jam tu terus tenggelam ke dasar, ada kawan-kawan cuba bantu dengan menyelam secara kosong (tanpa peralatan) tapi tak mampu nak sampai ke dasar,” katanya yang mesra di panggil Zul.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Setelah berbincang, Zul kemudiannya bersetuju untuk membawa peralatan mini set skubanya ke lokasi jam tersebut terjatuh.

“Bila sampai dekat tasik saya cuba menyelam di kawasan air terjun tu, memang dekat situ ramai orang mandi dan main terjun-terjun dari atas pokok dan batu sebab dekat situ dalam, satu lagi air di situ jernih dan bersih sebab tak bercampur dengan air sungai.

“Pertama kali menyelam saya jumpa dua mask menyelam, dua jam jenama Redmi, dua bentuk cincin dan duit syiling,” katanya.

Syiling terkumpul yang dijumpai Zul di pelbagai tempat.

Menurut Zul, rakannya yang kehilangan jam tu reda jika dia tidak dapat menemui Apple Watch tetapi dia bernasib baik apabila menjumpainya pada selaman kedua.

“Jam kawan saya tu betul-betul dekat tempat dia terjun,” katanya.

Apple Watch milik sahabatnya yang berjaya ditemukan.

Katanya, ada juga di antara barangan yang ditemuinya tanpa melakukan selaman.

“Tempat yang tak dalam saya guna metal detector untuk cari, jadi jumpa la syiling, gelang, rantai dan macam-macam lagi,” katanya.

Antara jam tangan yang ditemui.

Zul kemudiannya menghebahkan mengenai penemuannya itu di laman TikTok dan Facebook bagi mencari pemilik barangan tersebut.

“Tentu sekali Apple Watch tu saya kembalikan pada tuannya.

“Dua jam Redmi tu saya hebohkan di TikTok dan Facebook untuk mencari tuan punyanya dan ternyata sekali ramai yang mengaku, tapi ada seseorang tu dari Terengganu yang call saya dan beritahu itu jam dia dan dia sertakan bukti gambar yang dia mandi di situ.

“Jadi saya pun pos jam itu padanya, betul atau tidak itu urusan dia dengan Allah, satu lagi jam rosak dan tali terputus jadi saya berikan kepada pemilik jam Redmi dari Terengganu itu juga.

“Barang-barang lain tiada tuntutan sampai sekarang, mungkin kerana tiada nilai,” katanya.

Dua utas jam tangan jenama Redmi yang ditemuinya.

Katanya selepas video perkongsiannya di TikTok tular bulan lepas, dia mendapat banyak permintaan daripada orang awam yang memohon bantuannya mencari barangan mereka yang hilang di dasar sungai.

Menurut Zul, antara barangan paling unik yang pernah ditemuinya ketika menyelam adalah sebuah kuali yang dijumpai di dasar air terjun Berkelah.

Katanya, dia sering menjalani latihan menyelam di Pulau Tioman, Pulau Redang selain Lata Bekelah, Maran, manakala lokasi lain adalah Sungai Kuantan, Sungai Lembing, Sungai Temerloh, dan tempat-tempat lain yang biasa ada kes lemas.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous article“Start Caring Other Babies, Insya-Allah..” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhti4r Suami Isteri Yang Mahuk4n Zvriat
Next article“Saya Tak Boleh Kongsi Sebab Terlalu Sens1tif,” – Wany Hasrita Nyahaktif Platform Media Sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here