Home Petua Tips “Nak M4ti Dalam Keadaan Tenang, Saya Pernah Mimpikan Ifa” – 5 Tahun...

“Nak M4ti Dalam Keadaan Tenang, Saya Pernah Mimpikan Ifa” – 5 Tahun ‘Berper4ng’, Roslan Shah Akhirnya Mohon Maaf?

72
0

Ibarat ‘sinar kemaafaan’ menjelang Ramadan, persengketaan berlarutan hampir lima tahun mungkin berakhir apabila pengacara dan selebriti serba boleh, Roslan Shah mmahu memohon maaf secara terbuka dengan bekas teman baiknya, Ifa Raziah.

Menurut Roslan, dia mahu meleraikan salah faham dan sengketa antara mereka memandangkan usia semakin lanjut selain turut berusaha bermuhasabah diri.

“Sejak Allah SWT duga saya dengan sakit baru-baru ini, banyak yang membuatkan saya terfikir dengan mendalam.

Satu daripadanya ialah bila-bila masa sahaja m4ti itu akan tiba. “Sakit baru-baru ini juga membuatkan saya rasa seperti Allah SWT telah beri peluang kedua buat diri.

“Jadi dengan kesempatan yang ada, saya nak mohon maaf dengan sesiapa sahaja yang pernah terlvka dengan saya.

Juga kepada Ifa Raziah, saya mohon maaf dan memaafkan awak,”katanya. Tambah Roslan, dia tidak menganggap satu tindakan memohon maaf itu sebagai satu kekalahan atau kesalahan.

Jelasnya, ini kerana memohon maaf pada setiap insan itu adalah satu perbuatan yang mulia. “Saya tak rasa malu untuk mohon maaf.

Biarlah orang nak cakap apa, cakaplah.Saya dah tak mahu kisah apa orang nak cakap sebab nak jalani hidup yang tenang saja sekarang.

“Saya pun nak m4ti dalam keadaan tenang. Tak mahu bermusuh dengan sesiapa dan tak nak berdendam Saya tak nak di akhirat nanti akan disoal,”katanya.

Dalam pada itu, Roslan mengaku akan cuba berhubung dengan Ifa bagi membuat permohonan maaf secara peribadi.

Bagaimanapun, terserah kepada Ifa sama ada mahu menerima permohonan maafnya itu atau tidak. “Saya pernah mimpikan Ifa, dua kali.

Masih saya ingat, dalam mimpi itu kami nampak mesra sangat dan buat persembahan sama-sama. “Saya juga ingat kebaikan dia.

Masa arw4h ibu saya men1nggal dunia pada tahun 2019, dia ada hantar pesanan kepada seorang kawan untuk sampaikan salam takziah kepada saya.

“Dari situ saya semakin menghorm4ti dia kerana walaupun tahu kita bermusvh, tapi dia tetap ingat akan arw4h ibu saya,” katanya.

Roslan berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Aisel dan perlantikan Didie Alias sebagai duta jenama tersebut di ibu kota, baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://gempak.com/

Previous article“Alhamdulillah, rezeki Allah..,” -[VIDEO] Usop seb4k, isteri buat kejutan h4mil
Next articleFizo Omar Kongsi Foto Isteri Berhijab, Netizen Doa Terus Istiqamah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here