Home Petua Tips Kereta dilnggar, psangan suami isteri nekad tuntut ganti rugi dari rmh anak...

Kereta dilnggar, psangan suami isteri nekad tuntut ganti rugi dari rmh anak yatim. Entah apa berlaku esoknya dtg semula pulangkan wang

212
0

“Ikut undang-undang memang salah Syafiq. Tak kira apa pun alasan, kalau sondol belakang memang salah orang belakang,” luahan mangsa bernama Natipah bila keretanya

dilanggar dari belakang. Ikuti kisah apa berlaku lain jadinya.

LAZIMNYA kita mendengar orang ramai memberi sumbangan kepada rumah anak-anak yatim.

Namun berlainan pula dengan kisah ini apabila sepasang suami isteri ‘menuntut’ sejumlah wang sebagai ganti rugi kos membaiki kereta selepas terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan milik sebuah rumah anak yatim.

Meskipun pada awalnya pasangan tersebut seperti tidak bertimbang rasa, namun apa yang berlaku kemudiannya sangat tidak disangka-sangka.

Kisah yang berlaku dua tahun lalu itu dikongsikan semula oleh aktivis masyarakat, Natipah Abu menerusi posting di laman Facebook miliknya.

“Sebaik sampai di depan asrama petang tadi, kelihatan anak-anak sedang riuh bermain bola. Apa lagi, Kak Pah pun terus meluru masuk ke padang. Menanggalkan kasut dan berlari mencari posisi yang sesuai tanpa mengambil kira team yang mana satu.

“Sedang rancak bermain, sebuah kereta ‘merlip-merlap’ masuk ke perkarangan asrama. Kelihatan Abang Shah, warden kami sedang berbual dengan pasangan suami isteri itu. Kelihatan juga tangan Abang Shah memegang sejumlah wang.

 

Pasangan suami isteri itu menuntut ganti rugi daripada sebuah rumah anak yatim bagi membaiki kereta mereka. Gambar hiasan

 

“Lawa kereta… orang have-have… mai bagi sumbangan la tu. Bisik hati kecil Kak Pah. Hampir maghrib, permainan ditamatkan. Kak Pah masuk ke pejabat bila nampak kereta Puan Penyelia ada di luar. ‘Kak, sapa tadi tu?’

“Orang mai ambik duit, Pah! Ambik duit? Ambik duit ka bagi duit?’ Sekali lagi Kak Pah bertanya kalau-kalau Kak Pah silap faham,” tulisnya.

Bagaimanapun ternyata penjelasan daripada penyelia rumah anak yatim berkenaan benar-benar membuatkan Natipah kecewa serta terkilan.

“Tak pernah dalam sejarah hampir 10 tahun di rumah anak yatim ini orang datang ‘mengambil’ duit anak yatim. Selalunya orang masuk ke rumah ini untuk memberi duit atau apa saja sumbangan yang sesuai.

“Sebulan yang lalu memang Kak Pah dimaklumkan tentang sebuah kemlangan kecil yang berlaku di gelap subuh ketika Syafiq, pemandu van, hendak menghantar adik-adik ke sekolah.

 

Tindakan pemilik kenderaan itu yang kemudian memulangkan semula wang yang dituntutnya mengundang pujian netizen.

Pada hari kejadian, si pemilik kenderaan yang dilnggar Syafiq datang ke rumah anak yatim berkenaan berkali-kali kerana mahu membincangkan mengenai kemlangan berkenaan.

Enggan bertikam lidah, penyelia rumah anak yatim berkenaan memberi jaminan untuk menanggung kos membaiki ker0sakan kereta lelaki terbabit.

“Setelah lebih sebulan perkara itu berlalu, kami sangka sudah dilupakan. Selepas sebulan, beliau datang menghantar resit kos membaiki kereta yang terlibat kemlangan itu,” cerita Natipah.

Menurut aktivis tersebut, kos yang dituntut oleh lelaki berkenaan adalah RM500 daripada jumlah asalnya RM1,000.

“Sampainya hati… apalah sangat nilai RM500 itu jika dilihat dari kemampuan awak dan gaji awak suami isteri.

“Bil dari sebuah kedai cat tertera jumlah bayaran RM1,000 itu Kak Pah tatap dengan perasaan retak seribu. Terkenang dulu, pemandu kami pernah melanggar seorang pak cik tua… penunggang motosikal. Patah dan pecah lampu dia, bercalar juga tubuh dia.

“Tapi bila dihulurkan duit, ‘tak apa, sikit saja ni. Janji anak-anak yatim tu selamat. Tak maulah duit ni’. Mulianya hati pak cik tua yang hanya bermotosikal buruk itu,” katanya.

Menurut Natipah, seorang sahabat yang mengetahui mengenai kisah tersebut kemudian tanpa teragak-agak memberi wang RM1,000 untuk diberikan kepada pemilik kenderaan berkenaan.

Namun sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku keesokan harinya, iaitu selepas Natipah membuat perkongsian mengenai kisah kemalangan tersebut di Facebook.

 

Natipah (kiri) sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam lapangan aktiviti kebajikan dan misi kemanusiaan.

“Posting ini telah dibaca oleh hamba Allah pemilik kereta yang terlibat dalam kemalangan. Allah jentik hati… keesokan harinya, dia datang dan memulangkan semula wang ganti rugi yang dituntutnya. Alhamdulillah,” cerita Natipah.

Perkongsian tersebut nyata membuatkan netizen terkesan, dengan rata-ratanya menyifatkan insiden yang berlaku itu menghadirkan 1001 hikmah dan teladan.

“Alhamdulillah. Manusia, kadang kala terkhilaf. Allah telah berikan hidayah kepada mereka.

“Hak anak yatim tetap akan bersama mereka. Allah sedang mengujinya, kini dia tersedar dalam kealpaannya. Syukur.

“Alhamdulillah. Ada hikmah di sebalik kejadian. Moga dimurahkan rezeki pemilik kereta ni,” demikian antara komen netizen.

Sumber : mstar

Previous article“Mu jawab dengan All4h.” Tvlar Warga emas kecewa tak dibenar solat Jumaat
Next articleAda D4kwaan individu diku4rantin dihidang menu b4bi, Ini reaksi MKN Perak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here