Home Petua Tips Netizen d4kwa tudung macam rahib, Aina abdul respon ini cara saya untuk...

Netizen d4kwa tudung macam rahib, Aina abdul respon ini cara saya untuk beri inspirasi

77
0

Penampilan penyanyi Aina Abdul tidak pernah tak ‘wow’ dan sentiasa menjadi topik bualan di platform media sosial.

Terbaru, imej Aina ketika menghadiri sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0 dikritik oleh segelintir netizen yang rasa tak elok berpakaian seperti itu.

Gaya penyanyi bervokal mantap ini did4kwa seperti rahib, biarawati gereja atau ‘sister’.

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani tampil menjawab isu tersebut dengan tenang.

Sebenarnya look hari ini memang kita nak tampil macam ni. Bukan sebab apa tapi ni memang brand Aina Abdul.

Memang akan ada elemen macam ni, surprise punya elemen.

Saya suka fesyen walaupun nampak macam sister, saya hanya appreciate benda tu as fesyen only.

Dalam pada itu, pelantun lagu Semalam berkata dia hanya berkongsi inspirasi kepada individu yang suka dengan penampilan berbeza dari orang lain.

Fesyen just untuk statements, temporary statement. Bukan kita pakai macam ni, saya berubah saya memuja something.

Ini cara saya untuk beri inspirasi kepada mereka yang mahukan sesuatu yang lain.

Bagi di luar sana, kalau nak follow, follow la, if tak, saya bukan suruh semua orang pakai tudung macam ini. Kalau nak pakai good for you.

Aina berkata demikian ketika majlis sidang media konsert A Night With Aina Abdul (ANWAA)l 2.0 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, pada Rabu.

Bakal berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini, Aina bersyukur jualan tiket ANWAA menerima sambutan positif dan sudah dijual lebih 85 peratus.

Menjanjikan kejutan kepada penggemar, Aina bakal muncul dengan lapan busana menarik sepanjang konsert yang berlangsung selama dua malam.

Busana semuanya sudah dirancang. Saya sendiri tak sabar nak menyarungkan lapan busana di ANWAA nanti. Selain itu, ada lagu di konsert malam pertama tidak akan dinyanyikan di konsert malam kedua. Saya juga akan tampilkan seorang penyanyi undangan istimewa di konsert malam kedua ANWAA.

Peminat yang hadir juga akan mendapat hadiah istimewa tanda terima kasih saya dan AAE. Saya sendiri tak sabar menantikan konsert ini dan berharap peminat akan pulang dengan senyuman.

Bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli tiket ANWAA dalam kuantiti yang banyak, hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

Sumber: Instagram @abushaefhamza@yayaibrahem

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://ohbulan.com/

Previous articlePelajar 10A SPM kembali kejar cita-cita selepas perkahwinan di usia 18 tahun g4gal, masih ‘power’ sekali interview terus dapat biasiswa
Next article“Naik mai raya sini la,” – [VIDEO] Pelajar dapat ‘duit raya’ berupa kucing BSH ketika beraya rumah pensyarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here