Home Petua Tips “Ni bukan masalah manja” – Ibu tak sanggup tengok anak usung 3...

“Ni bukan masalah manja” – Ibu tak sanggup tengok anak usung 3 beg setiap hari, men4ngis kutip buku sebab tali putus

86
0

HATI ibu mana yang tidak terusik apabila melihat anaknya yang baru berusia tujuh tahun pulang dalam keadaan menangis akibat tertekan dengan beg sekolahnya yang terl4mpau berat.

“Balik sekolah men4ngis sebab buku banyak, tak muat beg… berat,” kongsi ibu tersebut di media sosialnya.

Bercakap kepada mStar, ibu kanak-kanak tersebut yang enggan dikenali berkata, anaknya sering meng4du s4kit tangan serta bahu disebabkan bebanan beg sekolahnya.

“Dia bawa beg roda ke sekolah, dalam beg roda ada buku teks, kemudian satu lagi beg galas dekat bahu, yang tu untuk letak buku latihan dan satu lagi beg bekal.

“Beg galas bahu tu terputus dah talinya sebab berat sangat buku.

“Dia pun memang selalu mengadu sakit tangan tarik beg dan ada ketika tu memang dia perlukan bantuan,” katanya yang menetap di Lembah Klang.

Murid-murid terpaksa membawa beg dengan muatan yang sangat berat ke sekolah. (Gambar Hiasan)

Ibu berusia 35 tahun ini berkata, walaupun enggan memanjakan anaknya, hati kecilnya tetap berasa s3dih dan simpati apabila melihat situasi anaknya itu.

“Saya tak la layan sangat sebab saya bukan jenis manjakan anak, depan-depan saya cakap umi dulu pun macam tu okay je, nak belajar kena bawa banyak buku, tak boleh men4ngis, tapi ye la hati kecil ibu ni mesti terasa juga kasihankan dia,” katanya.

Malah katanya, adalah tidak wajar bagi ibu bapa untuk membuat perbandingan situasi yang dilalui mereka dahulu dengan situasi dilalui anak-anak sekarang.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya seharusnya mengambil berat mengenai isv ini serta mencari jalan penyelesaian sesuai dengan kemodenan masa kini.

Work smart not work hard kata orang, negara maju dah ada locker untuk sekolah mereka, kenapa negara kita tak boleh buat?

“Ini bukan mas4lah manja, kita jangan fokus manja, kita nak sistem yang sistematik.

“Kalau dari segi guru umpamanya mereka sudah maju sedikit, dulu zaman kita guna kapur, papan hijau, sekarang saya tengok rata-rata guna white board, projektor, mengajar pun guna microphone, tapi budak masih terp4ksa kendong beg berat,” katanya.

Ada satu subjek sampai lima buku latihan, latihan 1, 2, bina ayat, tulisan, ejaan.

SEORANG IBU

Jelasnya, penyediaan almari khas juga berupaya untuk membendung masalah murid tertinggal buku di rumah.

“Harapan saya supaya pihak kementerian boleh sediakan locker di sekolah rendah sebab murid-murid sekarang kecil dan mereka tak larat nak angkat atau h3ret beg berat-berat.

“Kalau sekolah menengah tak apa mereka dah besar, tapi kementerian kena fikir jalan penyelesaian kepada isv inilah,” katanya.

Percaya bahawa berat beg sekolah anaknya melebihi lima kilogram, wanita ini mendakwa terlampau banyak buku latihan yang perlu murid-murid sediakan untuk satu mata pelajaran.

“Ada satu subjek sampai lima buku latihan, latihan 1, 2, bina ayat, tulisan, ejaan.

“Saya pernah cakap dekat guru besar, kesian budak, terbongkok-bongkok bawa beg berat, dia jawab ye la kesi4n… apa boleh buat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :  mstar

Previous articleBekas Mufti Dedah Istilah ‘payung emas’ adalah hadis p4lsu. Ini reaksi Ustazah Asma
Next articleIsteri Syukur Aliff Syukri Dah Berubah . Ini Pesanan Yang Datin Shahida Selalu Beri Pada Suaminya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here