Niat nak cuci mata, terboronglah pula! Ibu malu-malu di sebalik rimbunan pokok ati-ati, masa beli tak ingat kereta kecil

NIAT pada mulanya hanyalah sekadar ingin cuci mata, tapi sudahnya, penuh satu kereta dengan pokok!

Begitula situasi yang dikongsikan seorang pemuda, Muhamad Hafisrudin Zainol, 34, dalam sebuah video yang dimuat naik ke media sosialnya.

“Mak ajak pergi kedai bunga nak beli keratan ati-ati je, tengok ada offer sekali pokok penuh kereta,” tulisnya.

Bercakap kepada mStar, pemuda yang mesra disapa Hafis ini berkata, dia dan ibunya, Zaiton Saad,58, sememangnya minat dengan pokok ati-ati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Mak saya memang minat berkebun sejak muda lagi, halaman rumah memang penuh dengan pokok ati-ati ni dan minat dia sekarang dah jadi minat saya juga, dekat rumah saya pun banyak pokok ati-ati, saya ada hampir 50 id (jenis dan corak) pokok ni.

“Bila dah minat yang sama, macam ni la hasilnya (kereta penuh) bila pergi nursery,” katanya, yang juga seorang peniaga.

Pokok ati-ati di rumah Hafis.

Hafis yang menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang berkata, dia terdetik untuk merakam video keadaan dalam kereta Naza Surianya yang penuh dengan pokok itu kerana menganggap situasi ketika itu melucukan.

“Yang pergi ke nursery masa tu saya, isteri duduk dekat belakang, ayah dekat depan, dengan mak saya.

“Sebenarnya dekat kaki ayah pun ada lagi pokok.

“Bila saya nak ambil video mak malu-malu, masa beli tak ingat kereta kecil,” selorohnya.

Hafis bersama kedua ibu bapanya.

Menurut Hafis selain mudah dijaga, harga pokok ati-ati ini juga lebih murah.

“Pokok ni ada banyak id, selalunya peminat pokok ati-ati akan cari id yang mereka belum ada untuk hias halaman rumah.

“Sebelum pokok keladi viral, pokok ni pernah viral dahulu,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*