Home Petua Tips “Selama Setahun Saya Tdk Dpt Apa Apa Usaha Dari Dia” Noor Nabila...

“Selama Setahun Saya Tdk Dpt Apa Apa Usaha Dari Dia” Noor Nabila Sudah Tawar Hati

241
0

ISTERI pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha untuk berdamai dilakukan suaminya itu sepanjang setahun mereka tinggal berasingan.

Atas sebab itu juga kata kakak kepada pengacara Neelofa ini, dia sudah tawar hati serta membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan perkahwinan mereka.

“Perkara ini akan menjadi mudah kalau Sharnaaz melafazkan c4rai tapi dengan proses begini memang ia akan bermasalah.

“Sharnaaz pun tiada usaha untuk berdamai dan saya pun memang tak mahu perkahwinan ini diteruskan, jadi saya kira kedua-dua belah pihak sepatutnya faham yang masing-masing ada kehidupan sendiri dan kena move forward.

“Dia pun dah jalankan kehidupan dia setahun tanpa isteri dan begitu juga dengan saya.

Tapi kita ada anak, jadi tak perlulah kita panjangkan. Lebih baik kita move on dan berbaik-baik untuk besarkan anak kita tanpa rasa d4ndam atau m4rah.

 

Noor Nabila diwakili peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

 

“Adakah Sharnaaz nak selamatkan perkahwinan ini dan apa usaha yang dah dibuat untuk itu? Selama setahun saya tak dapat apa-apa (usaha) dan saya memang tidak mahu teruskan sebab saya dah tawar hati,” ujarnya kepada mStar.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Dalam pada itu, Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 27 Februari depan untuk pelantikan h4kam baru bagi kes pasangan itu.

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail membuat keputusan untuk menggvgurkan hakam sedia ada selepas kedua-dua h4kam yang dilantik itu g4gal mencapai kesepakatan dalam prosiding yang dibuat secara tertutup selama 15 minit pada Khamis.

Penggvguran itu dibuat mengikut Seksyen 48 Akkta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 selepas mendapati laporan prosiding itu terdapat elemen syiqaq (perkel4hian) yang tidak bersetuju tentang perc4raian.

 

Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017.

Perbic4raan kes nvsyuz difailkan Sharnaaz terhadap Nabila juga akan disebut pada tarikh sama.

Pada 4 Disember tahun lalu, Ahmad Muttaqi memerintahkan pelantikan h4kam selepas kedua-dua pihak g4gal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) sebelum ini.

Hakam adalah proses yang diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua belah pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Dalam prosiding itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Sharnaaz manakala peguam syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Noor Nabila.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Mstar

Previous articleKata Kata Dari Ebit Lew Buat Yoe Parey Menahan Sebak
Next articleSebenarnya Dah Byk Seniman Bantu Puteri BaIqis Dan Ibunya, Cuma lbunya Yang Minta Jgn Hebahkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here