Home Petua Tips ‘Sakitnya cukup perit’ – pesakit Covid-19

‘Sakitnya cukup perit’ – pesakit Covid-19

1138
0

“USAH ambil mudah arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memutuskan rantaian Covid-19 kerana kesannya cukup perit ditanggung bagi mereka yang diserang penyakit itu,” kata pesakit Covid-19 yang hanya mahu dikenali sebagai ZA.

Mekanik berasal dari Kedah yang kini bekerja di negara Timur Tengah itu berkata, selepas disahkan menghidap Covid-19 pada 8 Mei lalu, kehidupannya gelap kerana pelbagai perkara bermain di fikiran termasuk kematian.

Katanya, selepas 19 hari bertarung dengan Covid-19 yang pada awalnya tidak mempunyai gejala, dia semakin pulih namun masih menunggu ujian terakhir daripada kementerian kesihatan di negara berkenaan sebelum dapat mengetahui statusnya.

“Selepas sah menghidap Covid-19 pada 8 Mei lalu, saya begitu panik dan fikiran mula memikirkan perkara yang bukan-bukan lebih-lebih lagi saya berada di perantauan.

“Keesokannya nafas semakin sesak dan sakit di kepala sebelum bertukar kepada tanda demam dan sakit tekak sekali gus tidur malam terganggu.

“Hampir empat hari demam dengan suhu mencecah 40 darjah selsius dengan kahak yang agak banyak hari-hari, walaupun tidak batuk dan bersin tapi saya tidak terdaya menanggung kerana terasa sakit yang teramat sangat serta tidak selesa pada bahagian belakang sehingga terpaksa meninggalkan puasa selama lima hari,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Menurutnya, dia dinasihatkan doktor pakar dari Terengganu yang arif dalam perubatan tradisional untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran selain merendam kaki dengan ais untuk beberapa minit selama tiga kali sehari ketika demam.

“Saya juga mengamalkan vitamin C selain tidak putus-putus berdoa selain kata-kata semangat daripada keluarga dan rakan di Malaysia.

“Alhamdulillah selepas menjalani rawatan dan mengamalkan pengambilan makanan itu secara berterusan, suhu badan stabil, tidak demam lagi selain sakit yang menyerang anggota badan semakin lega, namun masih belum disahkan negatif kerana menunggu ujian terakhir.

“Besar harapan saya jika ‘swab test’ terakhir nanti tiada perkataan lain yang saya mahu dengar kecuali negatif kerana sakitnya cukup perit untuk ditanggung apatah lagi sudah ramai insan meningg4l dunia di seluruh dunia kerana Covid-19,” katanya.

Dia berkata, dia reda dengan ujian besar itu terutama apabila dikesan menghidap Covid-19 pada bulan puasa ketika bermusafir di negara orang.

“Kepada orang ramai khususnya di Malaysia, kisah yang saya kongsikan ini diharap dapat menjadi pedoman dan memberi kesedaran betapa pentingnya duduk di rumah, jaga penjarakan sosial, jaga kebersihan seperti kerap mencuci tangan dan paling penting perlu letakkan dalam minda wabak ini berbahaya kerana ianya boleh membvnuh.

“Dalam masa sama saya meminta kita berdoa supaya rantaian wabak dapat diputuskan dan kembali pulih,” katanya.

Foto sekadar hiasan

Sumber : hmetro

Previous articleSafawi Rasid Tunjuk Kereta Barunya Porche Merah, Sekali TMJ Masuk Bagi Komen
Next articleLelaki Ini Berdebat Dgn Menteri Agama Isu Tongkat Khutbah,Jwapan Last Dr Zul Buat Dia Terdiam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here