Home Petua Tips Safawi Rasid Tunjuk Kereta Barunya Porche Merah, Sekali TMJ Masuk Bagi Komen

Safawi Rasid Tunjuk Kereta Barunya Porche Merah, Sekali TMJ Masuk Bagi Komen

2143
0

Penyer4ng Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah.

Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih mencvri tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara.

“SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Berdasarkan semakan, kereta berwarna merah itu adalah jentera mewah dari Jerman iaitu Porsche. Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi.

TMJ KOMEN BERI PUJIAN

Turut mencvri tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan.

Sumber : hmetro

Previous articleKKM jangka kes Covid-19 meningkat esok, lusa. Semua berpunca dari sini
Next article‘Sakitnya cukup perit’ – pesakit Covid-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here