Home Petua Tips ‘Jangan Pandai Pandai Rakam’ Sebar Berita P4lsu Cvid-19, Polis Rakam Keterangan Fuziah

‘Jangan Pandai Pandai Rakam’ Sebar Berita P4lsu Cvid-19, Polis Rakam Keterangan Fuziah

259
0

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Kuantan Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kebanjiran warga Malaysia yang pulang dari Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jen4yah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata catatan bersama sebuah rakaman vide0 berhubung dakwaan itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Fuziah Salleh’.

Menurutnya, Imigresen Johor turut menafikan dkwaan itu dan membuat laporan polis.

“Gajet (peralatan) digunakan untuk memuat naik kenyataan berkenaan dirampas dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSK) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Katanya, siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan masing-masing kerana fitn4h dan mendatangkan khi4nat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Sementara itu, seorang wanita berumur 48 tahun ditahan semalam kerana dipercayai memuat naik dua kenyataan (catatan) menerusi akaun Facebooknya ‘Wendy Shoo Wai Ching’, yang berunsurkan h4sutan serta boleh menggugat keamanan negara.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas gajet yang digunakan suspek untuk memuat naik kenyataan itu bagi membantu siasatan.

Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta H4sutan dan Seksyen 504 K4nun Keseks4an masing-masing kerana kecenderungan mengh4sut dan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Siasatan masih diteruskan dan hasil siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin termasuk berita yang mempunyai kecenderungan menghasut serta boleh mendatangkan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan serta mengganggu-gugat ketenteraman dan keselamatan awam.

“Polis juga tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pihak yang sengaja mencuba melakukan pecah keamanan dan tindakan tegas akan diambil bagi mengheret pes4lah ke muka pengadilan,” katanya.

Antara kenyataan dari Fuziah,

Selepas mendkwa pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan untuk balik beramai-ramai ke negara ini di Facebook (FB), Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membuat permohonan maaf secara terbuka.

Permohonan maaf itu dibuat setelah posting berkenaan dipadam.

“Admin mohon maaf tersilap post video lama dan sudah pun di delete. Harap tidak menyebabkan panic!,” tulis admin FB Fuziah Salleh.

Semalam, FB rasmi bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memuatnaik status gempar apabila mendakwa berlaku keadaan tidak terkawal di bangunan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).

“Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi diluar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel lima bintang untuk quarantine mereka,” tulis FB itu semalam.

 

Sumber : malaysiagazette

Previous article‘Jangan Takut Wahai Rakyat Kami Ada’ Tulisan Di Belakang sut PPE ‘FRONTLINER VS KAYANGAN, DEMI RAKYAT, JANGAN TAKvT, KAMI NAK RAYA.’ buat rakyat sebak.
Next article“Wardina Safiyyah jelaskan, tak elok hidup tidak dihargai. Lebih baik berpisah!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here