TEMPAHAN perkhidmatan e-hailing ke lokasi kejadian membongkar pembvnuhan pensyarah yang dijerut dengan tudung di Sepang, Rabu lalu.
Ketua Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, berdasarkan rekod, suspek yang juga suami mangsa membuat tempahan perkhidmatan e-hailing untuk terus ke lokasi kejadian.
“Sekiranya suspek ingin mencari si m4ti mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibvnuh.
“Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner, Zulkifli Adamshah dan Asisten Komisioner, Imran Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pada majlis itu, Zulkifli dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Polis Selangor dan Imran sebagai Ketua Polis IPD KLIA.
Turut hadir Timbalannya, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, Roshafizah Abd Halim.
Majlis serah tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.
Khamis lalu, pensyarah yang juga kakitangan Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman ditemui meningg4l dunia di dalam kereta akibat dijerut dengan tudung.
Wan Kamarul Azran berkata, suspek juga membuat helah mencari mangsa bersama anak perempuannya kononnya untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Beliau berkata, polis juga sudah mengambil keterangan daripada anak tunggal pasangan itu berumur 14 tahun, 31 Julai lalu.
“Polis juga sudah mengenal pasti seorang wanita berasal dari Terengganu yang dikatakan mempunyai hubungan kait dengan suspek bagi membantu siasatan,” katanya.
Noor Azam berkata, polis sudah mengenal pasti motif utama pembvnuhan itu, namun pihaknya enggan mendedahkan butiran selanjutnya.
“Dengan penahanan suspek, kes ini sudah selesai dan akan disiasat mengikut Akta 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : hmetro