Home Petua Tips PDRM Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Kawasan Perumahan Ketika Aidilfitri

PDRM Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Kawasan Perumahan Ketika Aidilfitri

57
0

 

Sempena Aidilfitri ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan-kawasan perumahan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Penggunaan dron tersebut bertujuan untuk memastikan tiada sebarang pelanggan SOP dikesan ketika sambutan Hari Raya.

Meskipun rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, namun polis akan turut menggunakan pendekatan unit kawalan udara PDRM ini.

Bagaimanapun, SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri Kumar berkata penggunaan dron tersebut adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri.

Beliau berkata, bagi kawasan perumahan seperti apartmen dan sebagainya, polis akan membuat semakan ke atas setiap buku pelawat di premis berkenaan.

“PDRM bertindak demikian supaya tiada yang didapati melanggar SOP berkunjung ke sesebuah rumah seperti mana diarahkan kerajaan.

“Ia merupakan antara bukti yang boleh digunakan bagi menandakan sebarang bentuk kehadiran orang awam di sesebuah premis seperti itu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

SUMBER: Sinar Harian

Previous articleTak Larat Tengok Asyik Kena ‘Der4’, Peminat Kesian Dengan N4sib Ruhainies
Next articleTak Tahu Malu, Foto Elizabeth Tan Dibanjiri Komen Luc4h Lelaki Melayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here