Home Petua Tips Pembuat kek kongsi det1k sed1h… har4pkan pelanggan bayar penuh nak guna duit...

Pembuat kek kongsi det1k sed1h… har4pkan pelanggan bayar penuh nak guna duit beli svsu anak, tapi sesuatu berlaku sampaikan terp4ksa jual separuh harga

86
0

MANA-mana peniaga pasti akan merasa teruja apabila mendapat pelanggan pertama.

Apatah lagi disaat mereka amat memerlukan duit tambahan.

Mengimbau kembali saat suka dan dukanya bergelar pembuat kek dan roti, seorang wanita berkata pengalaman menjual kek pertamanya, menjadikan dia lebih berhati-hati dalam peniagaan.

“Kalau ada yang perasan setiap kali akak up video mesti akan ada part yang akak lap papan kek, nak tau kenapa?,” soalannya.

Bercakap kepada mStar, wanita terbabit Junita Abd Karim, 43, berkata, kek yang telah siap dibuatnya pernah ditolak pelanggan atas alasan kebersihan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sembilan tahun dahulu, masa tu akak baru lagi nak jadi baker, akak dapat tempahan kek yang pertama, masa tu akak tak ada ambil apa-apa deposit, harga kek pun cuma RM20.

“Akak buat kek macam biasa dan siapkan ikut masa pelanggan, cuma masa customer datang ambil kek, dia nampak cap jari dekat papan kek, dia cakap tak hygine (bersih) jadi dia tak nak ambil kek tu,” katanya.

Tangkap layar video yang dikongsikan Junita di media sosialnya.

Junita yang mesra dipanggil Mok June berkata, kesan ibu jari kiri dan kanan itu terhasil dari krim yang melekat pada jarinya.

“Masa tu akak pun tak perasan, anak akak yang kecil pula tengah melalak jadi situasi masa tu memang tak cun.

“Akak lupa nak lap,” katanya.

Contoh kesan cap jari tersebut.

Setelah berbincang, pelanggan tersebut bagaimanapun sudi untuk mengambil kek tersebut dengan separuh harga.

“Masa tu akak memang sedih sangat sebab memang harap sangat dapat full payment nak beli susu anak, susu Dugro RM18.90, harga susu pun akak ingat lagi sebab memang down sangat masa tu.

“Sedih jangan cakap la, stres semua ada, masa tu besar sangat nilai RM10 sebab memang tengah tak ada duit,” katanya.

Antara kek yang dihasilkan Mok June.

Mok June bagaimanapun mengganggap apa yang berlaku sebagai pengajaran buat dirinya dan dia bertekad untuk lebih berhati-hati.

“Di sebalik semua yang jadi Allah tetap murahkan rezeki akak,” katanya yang kini menetap di Ketereh, Kelantan.

Menurut Mok June, berkat kesabarannya, dia kini memiliki sebuah kedai kek di Ketereh, selain perniagaan home based di Semenyih, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Mok June turut membuat kek untuk majlis pertunangan dan majlis kahwin.

Katanya, disebalik kejayaannya ini bagaimanapun dia masih tetap berdepan dengan pelbagai dugaan.

“Orang pernah letakkan najis di pagar kiosk akak, kena s1hir pun pernah sampai akak terpaksa tutup tiga kedai dekat Johor Bahru dulu.

“Tapi itulah sekuat mana Allah uji akak, akak reda je, kalau akak susah dekat dunia mesti Allah bagi akak senang dekat akhirat.

“Jadi akak seboleh-bolehnya akan husnuzon je dengan cabaran berniaga ni,” katanya.

Komen Netizen:

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Lawa weh anak dia…”Sangka orang lain rupanya anak perempuan Aliff Syukri,
Next article“Start Caring Other Babies, Insya-Allah..” – Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Ikhti4r Suami Isteri Yang Mahuk4n Zvriat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here