Home Petua Tips Peminat Indonesia Mahu Uyaina & Penyanyi Dangdut Reza Zakarya Bercinta.

Peminat Indonesia Mahu Uyaina & Penyanyi Dangdut Reza Zakarya Bercinta.

355
0

Nama pelakon Uyaina Arshad kini hangat diperkatakan peminat di Indonesia gara-gara hubungan akrabnya dengan penyanyi dangdut Reza Zakarya.Uyaina sebelum ini menempa nama dalam bidang pengacaraan di Indonesia selepas mengendalikan program realiti popular Dangdut Academy Asia (DAA).

Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Instagram Uyaina dan Reza, setiap kali memuat naik foto bersama pasti ada pujian daripada pengikut masing-masing.Rata-rata mereka suka melihat Uyaina dan Reza berpasangan dan mendakwa mereka secocok, apatah lagi kedua-duanya berdarah campuran Arab.

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, Uyaina mengakui sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Reza.”Kami masih menjalani proses berkenalan dan saya tak nafikan memang rapat dengan Reza, “ jawabnya ringkas.

Dalam pada itu Uyaina turut berterima kasih kerana peminat di Indonesia menyokong dan menerimanya dengan baik.Terdahulu, Uyaina menafikan mempunyai hubungan dengan Reza dan menolak dakwaan pernah bercinta dengan anak penyanyi dangdut lagenda Indonesia, Ridho Rhoma.

Bahkan, Uyaina dan Reza juga mengikuti Instagram di antara satu sama lain termasuk memuat naik beberapa foto bersama serta saling berbalas komen.Dalam perkembangan lain, Uyaina kini sibuk menjalani penggambaran drama 30 episod berjudul Jujurlah Nikahi Aku arahan Rashid Sibir yang disiarkan di Astro.

Selain Uyaina Jujulah Nikahi Aku turut dibarisi pelakon hebat seperti Sean Lee, Raja Azura, Hamidah Wahab,  Zaidi Omar, Amar Asyraf dan Rita Nadira.Jujurlah Nikahi Aku bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, 7 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

sumber : gempak

Previous article“Setiap kali dia dapat rezeki, dia pasti datang sedekah kepada kami” – Ashraf Sinclair penderma tetap rumah anak yatim
Next articleCatitan Terakhir Ibu Khadijah Untuk Arwh Ashraf “Dia Gembira Kahwin Wanita Yang Cantik” Dan Juga Ada Kaitan Dengan Cucunya Noah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here