SEJURUS berakhir zaman persekolahan, maka bermulalah kehidupan sebenar kita ke alam dewasa.
Imbas Habiel Haiqal Jamil, 23, dia tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, sebaliknya memilih untuk menimba ilmu di jalanan.
Katanya, keadaan ekonomi keluarga pada waktu itu membuatkan dia enggan berterusan menyusahkan mereka, lalu mula bekerja demi mencari pendapatan sendiri seawal usia 18 tahun.
“Masa tu, saya nak bagi laluan kepada kakak dan adik belajar. Ayah pula sedang sakit, ada masalah usvs dan bu4sir. Banyak kali terpaksa jalani pembed4han.
Video:
“Hanya mak yang bekerja pada waktu itu. Dengan gaji sekitar RM1,000, mak tanggung kami tiga beradik. Sebab itu saya ambil keputusan untuk tak sambung belajar. Saya nak keluar kerja cari wang dan pengalaman,” ujarnya.
Senang disapa Haiqal, anak kedua daripada tiga beradik itu memulakan kerjanya di sebuah gerai burger di Kuala Lumpur, berkelana sendirian meninggalkan keluarganya di Klang, Selangor.
Dalam masa dua tahun selepas tamat persekolahan, Haiqal turut melakukan banyak pekerjaan lain di lokasi berbeza demi mencari sesuap nasi buat dirinya.
Ahli keluarga Haiqal.
“Dalam tiga ke empat bulan saya kerja di kedai burger. Pada waktu itu, saya hanya guna RM50 untuk makan dalam sebulan. Saya beli nasi kosong, kemudian makan dengan lebihan yang ada di gerai burger seperti sayur dan daging.
“Dalam tempoh dua tahun, saya turut bekerja di kedai runcit, kerja gudang dan kerja bahagian penghantaran. Dari Puchong, Bukit Jalil, Bangi, Shah Alam, Setapak, Sungai Buloh… macam-macam tempat saya kerja.
Daripada tak merasa pendapatan sampai RM10,000, sekarang dah merasa. Saya juga dah beli kereta sejak setahun lalu.
HAIQAL
“Pernah satu masa, saya dihantar kerja ke Sungai Buloh. Sepatutnya ada van datang jemput selepas selesai kerja jam 2 pagi. Tapi van tak datang, saya terpaksa tidur di kaki lima,” ujarnya.
Imbas Haiqal, hidupnya sedikit berubah selepas dia menyertai sebuah syarikat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2020.
Ketika di syarikat itu, Haiqal sempat mempelajari ilmu bisnes, sekali gus membuka matanya untuk meneroka peluang baharu dalam kehidupan.
Haiqal turut berkongsi video di TikTok miliknya.
“Selepas lama buat macam-macam kerja, satu turning point berlaku ketika PKP pertama, saya sertai satu syarikat dan dapat peluang untuk belajar ilmu bisnes.
“Pada 2021, saya juga sertai satu syarikat pembuatan produk. Saya ambil peluang dan cuba buat produk pencuci muka sendiri. Selama tujuh bulan saya jalankan. Tapi bisnes pertama tak berapa menjadi.
“Pada masa sama, saya juga ada buat freelance, offer orang untuk buat produk sendiri. Saya juga berniaga produk orang pada waktu itu,” ujarnya.
Berbekalkan segala ilmu yang ditimba, Haiqal akhirnya memulakan perniagaan kerepek ubi pada Oktober tahun lalu.
Jejaka ini rancak mengusahakan perniagaan kerepek sejak tahun lalu.
“Berbekalkan database dan ilmu yang saya dah dapat, saya keluarkan produk kerepek ubi hujung tahun lalu. Saya pilih kerepek kerana ia makanan tradisional yang tak ditelan zaman.
“Dalam tiga bulan, sudah 500 balang kerepek saya terjual. Sekarang saya fokus untuk kembangkan bisnes ini.
“Saya sebenarnya minat untuk berniaga produk makanan berbanding produk lain. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan,” ujarnya.
Selepas beberapa tahun berusaha, Haiqal turut membeli sebuah Perodua Axia untuk dirinya pada tahun lepas.
Tambah Haiqal, dia juga memasang impian untuk membawa keluarganya ke tanah suci Makkah suatu hari nanti.
Komen Netizen:
“Daripada tak merasa pendapatan sampai RM10,000, sekarang dah merasa. Saya juga dah beli kereta sejak setahun lalu. InsyaAllah saya nak bawa keluarga ke Makkah.
“Bila tengok balik perjalanan saya dulu, banyak pengalaman yang dikutip. Segala pahit getir itu memberi sesuatu dalam hidup saya,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/