Menjelang majlis akad nikah, pengantin lelaki biasanya akan mula rasa ‘seram sejuk’ menanti saat untuk melafazkan akad. Walaupun telah menghafal lafaz akad yang bakal diucapkan, perasaan gemuruh tetap wujud. Lebih-lebih lagi jika tok kadi secara tiba-tiba bertanya soalan ‘cepumas’ tentang perkahwinan!
Menerusi perkongsian pengguna Tiktok @khalifastudios yang tular, seorang tok kadi dengan niat ingin meredakan rasa gemuruh seorang bakal pengantin lelaki mengajukan soalan kepada jejaka itu tentang keinginannya untuk mempunyai anak, dan anak bagaimana yang dia inginkan.
Setelah bernikah, ingin ada anak?
Iya… (anak yang) soleh dan solehah.
Setelah selesai menjawab persoalan tersebut, bakal pengantin lelaki itu pula ‘ditembak’ dengan soalan adakah dirinya sudah menghafal doa yang perlu dibaca sebelum melakukan hubungan suami isteri. Dengan selamba, lelaki itu mengaku belum menghafal doa tersebut dan mungkin hanya akan membaca ‘Bismillah’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat tok kadi yang puas mengusik si pengantin dan ada juga yang kasihan melihat reaksi pemuda tersebut yang gementar menjawab soalan-soalan berkenaan.
Sumber: Tiktok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.malaysiatime.me/