Home Petua Tips Tiga tahun tak jumpa, ‘bergayut’ pun jarang… pasangan ini malu-malu bertentang mata...

Tiga tahun tak jumpa, ‘bergayut’ pun jarang… pasangan ini malu-malu bertentang mata atas pelamin – “Siapa ni, tak kenallah”

65
0

GELAGAT pasangan ini yang malu-malu semasa majlis pertunangan mereka menjadi perhatian di media sosial.

Itulah gambaran sesuai bagi pasangan yang masing-masing berusia 23 tahun ini, Rohaidah Mustafa, dengan Mohamad Amirul Haqimi Roznizan, yang baru saja menjalin ikatan pertunangan pada 29 Januari lalu.

Berikutan rakaman video yang tular, wanita yang mesra disapa Ayda yang menetap di Kota Tinggi, Johor ini menceritakan adegan lucu di mana mereka tersipu-sipu malu ketika bersua di atas pelamin.

“Saya dan tunang dulu belajar diploma di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Seremban 3 bidang Pengurusan Sukan. Tapi saya lebih senior sebab dia masuk lambat masa ambilan kedua.

“Saya kenal dia pun masa nak beli buku terpakai daripada saya. Kami bertukar-tukar nombor telefon masa tu. Jadi kami mula berkawan lebih rapat selepas dah setahun di UiTM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kami habis belajar tahun 2018, jadi saya balik ke Johor. Pasangan saya pula balik ke Penang. Kebetulan masa tu C0vldl9, jadi kami tak boleh berjumpa. Kami berhubung secara maya je sepanjang tempoh tu.

“Lepas lebih empat tahun bercinta jarak jauh je, family sebelah lelaki suruh kami ‘ikat’ (bertunang). Mereka cakap jangan tunggu lama-lama lagi sebab bercinta dah lama. Keluarga dia pun datanglah masuk meminang saya.

Majlis pertunangan mereka yang diadakan berjalan dengan lancar.

“Lagipun tunang saya baru lepas interview minta kerja sebagai polis, jadi sebelum dia pergi rekrut selama enam bulan, parents suruh kami bertunang dulu,” katanya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, walaupun sudah lebih empat tahun bercinta sejak di menara gading namun mereka tetap rasa malu untuk bercakap secara berdepan.

Masa dia datang hari bertunang tu, pertama kali kami jumpa depan-depan di pelamin sampaikan dia sempat bergurau dengan saya eee siapa ni tak kenallah.

AYDA

Jelas Ayda, keluarga tunangnya yang datang dari Ayer Hitam, Pulau Pinang menginap di inap desa berhampiran rumahnya selama tiga hari untuk majlis itu.

“Lepas kami selesai bertunang tu, saya pun bawa tunang dan keluargannya jalan-jalan sekitar Johor Bahru. Waktu tu pun kami masih malu-malu nak bercakap,” katanya.

Jelas wanita yang bekerja di syarikat penghantaran barang di Desaru, Johor ini, kesibukan kerja juga menyebabkan pasangan ini hanya berhubung melalui WhatsApp sepanjang mereka berjauhan.

Wanita ini bekerja sebagai admin di sebuah syarikat penghantaran barang di Johor selepas menamatkan pengajian.

“Lepas habis study, kami dah lama tak jumpa. Kami pun tak pernah video call atau on call waktu-waktu malam macam sesetengah pasangan lain. Itu yang buatkan kami lagi segan nak bercakap bila jumpa.

“Masa dia datang hari bertunang tu, pertama kali kami jumpa depan-depan di pelamin sampaikan dia sempat bergurau dengan saya eee siapa ni tak kenallah,” ujarnya sambil menambah kedua-dua pihak belum memutuskan tarikh untuk majlis perkahwinan mereka.

Tarikh majlis perkahwinan mereka masih dalam perancangan.

Menerusi video yang menjadi tular, ruangan komen di TikTok dipenuhi dengan komen positif mendoakan hubungan mereka kekal sehingga ke jenjang pelamin suatu hari nanti.

Menurut Ayda, ada sesetengah komen turut merasakan ‘momen malu’ setelah melihat rakaman video yang dikongsikan itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articlePengantin ‘Cuak’ Tok Kadi Minta Baca Doa Malam Pertama Tapi Tak Hafal
Next article“…Cakap Kerja Dengan JS Picture Ni Stress,” – Ada Tak Puas Hati? Ini Reaksi Jinggo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here