Home Petua Tips Mahathir Dan Anwar Sepakat T0lak Perbezaan Dan Sengketa Demi Rakyat

Mahathir Dan Anwar Sepakat T0lak Perbezaan Dan Sengketa Demi Rakyat

234
0

Dua tokoh besar politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai kata sepakat menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat.

Dalam satu kenyataan bersama Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa dua tahun lalu mereka berdua tidak berputus asa membawa suara rakyat.

” Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi.

” Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat rakyat ke pihak yang sepatutnya,” kata Ahli Parlimen Langkawi dan Port Dickson itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Harapan.

Kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan mereka tidak mengiktiraf kerajaan yang ada hari ini kerana ia ditubuhkan tanpa mendapat mandat rakyat.

Hujah mereka, kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan secara rundingan itu tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya.

” Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini,” kata keduanya.

Mahathir dan Anwar turut mengimbau ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara dengan mendakwa telah melakukan reformasi dan institusi.

Mereka berdua turut mendakwa ketika pemerintahannya, PH memastikan demokrasi itu subur dan salah satunya ialah kebebasan bersuara yang tidak pernah rakyat miliki sebelum ini.

” Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’.

” Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara 2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara rakyat,” jelas Mahathir dan Anwar.

Namun jelas Mahathir dan Anwar, mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan akhirnya dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wabak COVID-19 mula melanda negara.

” Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih,” katanya keduanya.

Mahathir dan Anwar juga mengingatkan bahawa tarikh 9 Mei harus diingat sebagai tarikh keramat mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negera.

” 9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar,” tegas dua pemimpin itu.

Sumber Malaysiaunited

Previous articleDiterima bekerja, puluhan gelandangan KL berhijrah ke Sitiawan mulai hidup baru
Next articleMuhyiddin adakah akan kekal PM walaupun undl tak percaya dibuat?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here