Home Petua Tips “Pihak Saya Bertanggungjawab..” – Mas4lah Tekn1kal Ketika Buat Persembahan, Netizen Puji Dayang...

“Pihak Saya Bertanggungjawab..” – Mas4lah Tekn1kal Ketika Buat Persembahan, Netizen Puji Dayang Nurfaizah Handle Cara Pro!

82
0

Penyanyi Dayang Nurfaizah mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah teknikal yang dihadapinya sewaktu membuat persembahan di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung malam tadi.

Menerusi laman sosial Instagram, Dayang berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.

“Dayang ingin mengucapkan terima kasih kepada team AME2021 kerana sudi mengundang Dayang untuk menjadi salah seorang penghibur tahun ini.


“Walaupun sudah beberapa kali melakukan persembahan di AME sebelum ini, namun kali ini sangat istimewa kerana Dayang dapat mempersembahkan dua lagu daripada album Belagu, sebuah album yang sangat istimewa di hati Dayang.

“Pihak Dayang mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas masalah teknikal yang berlaku sewaktu persembahan Dayang tadi. Pihak produksi Astro telah melakukan persediaan sempurna untuk persembahan Dayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tampil membuat persembahan memukau dengan dua lagu daripada album Belagu iaitu Jikalau Abang Merindu dan Tari Tualang Tiga, anak kelahiran Sarawak ini berdepan beberapa isu teknikal seperti mikrofon serta ear monitornya tidak berfungsi.

https://twitter.com/MyMeleTOP/status/1530938041182720002?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1530938041182720002%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.sinarviral.com%2F2022%2F05%2F30%2Fpihak-saya-bertanggungjawab%2F

Pada malam AME2021 yang berlangsung penuh gemilang malam tadi, penyanyi Shiha Zikir dinobatkan sebagai Top Top MeleTOP Wanita, Khai Bahar sebagai Top Top MeleTOP Lelaki dan Dolla pula merupakan pemenang bagi Top Top MeleTOP Duo/Berkumpulan.

AME2021 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara langsung dan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Sementara itu di laman sosial Twitter, cara Dayang berdepan dengan isu tersebut mendapat pujian daripada wargamaya malah rakan selebriti sendiri.

Komen netizen:

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : sinarviral

Previous articleSibuk kongsi di Twitter minta viral, mangsa langgar lari disekolahkan netizen… Rupanya belum buat l4poran polis!
Next articleTribute Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sentuh perasaan, Shuib ucap terima kasih

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here