Home Petua Tips “Popular Tiap Kali Ramadan” -Watak Barkoba Jadi ‘Ikon’ Tak Puasa, Bell Ngasri...

“Popular Tiap Kali Ramadan” -Watak Barkoba Jadi ‘Ikon’ Tak Puasa, Bell Ngasri Bimbang Tanggapan Kekal Sampai Bila-Bila

103
0

Membawa watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa, karakter yang terkenal dialog ‘yak yak yeah’ itu kini menjadi ‘ikon’ terkenal setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Sungguhpun Bell Ngasri hanya sekadar melakonkan watak individu yang tidak berpuasa, namun timbul rasa bimbang gelaran serta tanggapan itu terus melekat dengan dirinya.

Memetik laporan Gempak, Bell bagaimanapun tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya sekali lagi ditawarkan untuk melakonkan watak sebagai Barkoba.


“Ketika terima tawaran watak Barkoba, saya tidak fikirkan apa-apa. Asalkan ada kerja dan bayaran setimpal. Tapi, tak sangka pula melarat hingga orang jadikan saya ikon tidak berpuasa.

“Setiap kali tiba bulan puasa mesti ada yang jadikan wajah saya sebagai gambaran untuk individu lain yang tidak berpuasa. Situasi ini agak membimbangkan saya,” katanya.

Bell juga mengatakan tindakan menjadikan watak Barkoba sebagai contoh individu yang tidak berpuasa menyebabkan impak emosi terhadap isteri dan anak-anaknya.

Pun begitu, Bell tidak keberatan untuk terus melakonkan karakter Barkoba sekiranya sekuel 20 Puasa masih ada serta khidmatnya diperlukan.

“Arwah pernah bagi tahu dia bermimpi telefilem itu sehingga 20 Puasa tapi dia pergi dulu sebelum sempat merealisasikan sekuel seterusnya.

“Sekiranya ada sambungan nanti, saya tidak ada masalah untuk terus melakonkan karakter berkenaan. Saya yakin, isteri dan anak kepada Allahyarham Mamat Khalid sedia maklum mengenai jalan cerita,” katanya yang tidak mempunyai masalah bekerja di bawah arahan Mohd Khalid Amen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.mediakini.bbn.my/

Previous articleGadis Berniaga Depan Kvbur ! Tawarkan Khidmat COD Jika Ada Pelanggan Yang Takut Nak Datang
Next articleLelaki Ini Tiba2 Azan Selepas Lihat Kelakvan Pelanggan Ini Di Kedai Makan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here